Followers

Tuesday, 26 November 2013

Hari Ini Hidup, Esok Mungkin Mati.


Hari ini hidup, esok mungkin mati.
ya betul itu,
tapi bersediakah kita untuk mati esok?

kita hari ini sibuk menabung untuk 10 tahun akan datang,
kita sibuk membeli kereta dan membuat pinjaman yang akan lunas 10 tahun akan datang,
kita membeli rumah untuk diduduki 10 tahun akan datang,
kita membeli baju baju baru untuk di pakai bertahun tahun akan datang,
kita bersikap seperti akan hidup untuk selama-lamanya,
 ya memang betul apa yang kita lakukan itu,kerana

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud;
“Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun dan beribadatlah seolah-olah kamu akan mati esok”

tapi , lupakah kita akan kematian?
di mana letak nya kematian dalam fikiran kita?
apakah sudah kita buang jauh jauh?
adakah fikiran kita sudah di penuhi dengan hidup?
bersediakah kita untuk mati esok?

apakah kita merasa hidup di dunia ini sangat lama?
sedangkan Allah SWT berfirman:
Surah Al Mu’minun ayat 112 – 114:
“Allah bertanya: Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di Bumi?”
“Mereka menjawab: Kami tinggal di Bumi sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung”.
“Allah berfirman: Kamu tidak tinggal di Bumi melainkan sebentar saja, kalau kamu mengetahuinya”.

berapa lama sangat kita hidup di dunia?
10 tahun? 40 tahun? 60 tahun?
sedangkan hidup di akhirat itu kekal selamanya,
selama mana? selama lamanya.
tapi apakah bekalan yang sudah kita sediakan?
hari ini mungkin kita sibuk belajar,
sibuk bekerja, sibuk mengurus rumah tangga,
esok mungkin kita sibuk di uruskan pula.

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah Al-An'Am ayat 32)
kenapa susah untuk kita lupakan dunia?
kenapa susah untuk kita fahami bahawa dunia ini sementara.
bunga yang mekar akan layu akan mati, 
waktu akan hilang dan tak kembali,
kita akan hidup akan mati,

pernahkah anda terfikir dosa dosa lalu?
pernahkah rewind kembali dosa2 yang telah di lakukan?
dan pernahkah bertaubat atas dosa yang lalu?

sesungguhnya jika dosa itu berbau, maka kita akan malu untuk keluar rumah kerana busuknya diri. Astaghfirullah.
Bagi pihak ana sendiri, rasanya jika bertaubat setiap hari juga, masih tidak cukup untuk menghapuskan dosa dosa yang lalu. masyallah, betapa banyaknya dosa kita. tetapi kenapa kita masih lalai? masih tergoda dengan dunia?
Ayuh! ayuh bangkitlah kita menuju jalan yang benar, sebelum nyawa kita bangkit meninggalkan diri.
ayuh sekarang juga sucikan diri dengan wuduk, basahkan mata dengan air mata keinsafan, basahkan bibir dengan bacaan ayat al Quranul karim. 
dan angkatlah tangan berdoa kepada Allah, semoga Allah mengampuni dosa kita yang lalu, moga masih belum terlambat untuk kita bertaubat.
"Ya Allah, berikanlah hidayah pada diriku. Tempatkan aku di kalangan orang yang beriman. Jadikan aku hambaMu yang engkau kasihi."

Rakan sebilik ana selalu berkata, "jangan duk gelak sangat, kan Allah tarik nyawa masa gelak tu macam mana?"
kadang terdengar lucu, tapi betul apa yang di katakan itu. bagaimana ? 
adakah kita akan mengakhiri hidup dengan husnul khatimah?
atau mungkin usul khatimah?
di saat Ahmad Ammar, mati dengan 'syahid yang tertangguh'  , tapi kita masih dengan ibadah yang sering di tangguh tangguh.
Ramai muslim/muslimah yang lain sibuk merintih pada Allah di malam hari,
tapi kita? sibuk bermimpi di siang hari.
layakkah kita untuk syurga Nya?
adakah syurga semudah mengepost status islamik di Fb?
adakah semudah mengelike nya?
adakah semurah senyuman di bibir?
TIDAK!
kerana syurga itu sebaik baik tempat kembali, maka penghuni syurga juga pastilah sebaik baik ummat, secantik cantik akhlak, sesempurna sempurna ibadah. 
"Ya Allah, aku tak layak untuk syurgaMu. Tapi tidak ingin aku ke nerakaMu"
Remaja hari ini sibuk mencari cinta haram,
sedangkan cinta halal yang dicurahkan Allah padanya tidak pernah di hargai,
malah tidak tercuit di hati.
sedangkan manusia itu akan mati, Allah kekal abadi.

Hari ini, kita bangkit dengan tubuh badan yang sihat, sempurna. masih diberi nyawa, masih diberi kesempatan untuk bernafas. ternyata Allah masih menyayangi kita. tapi kita? adakah kita telah mengucapkan Alhamdulillah?Apakah mahu kita menjadi hamba yang kufur?

Tiada duka yang abadi di dunia,
tiada sepi merantaimu selamanya,
malam kan berakhir,
hari kan berganti,
takdir hidup kan di jalani. 
andai bisa ku mengulang,
waktu hilang dan terbuang,
andai bisa perbaiki segala yang terjadi,
sahabat, selagi kita hidup, kita masih punya peluang untuk bertaubat. Ayuh, ayuh bertaubat :')
"Aku sesuai dengan dugaan hambaKu kepadaKu dan Aku bersama dengannya ketika ia ingat kepadaKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam hatinya Aku pun akan ingat nya dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu dalam lingkungan khalayak ramai,nescaya Aku pun ingat kepadaNya dalam lingkungan khayalak ramai yg lebih baik. Dan jika ia mendekat kepadaKu sejengkal,Aku pun mendekat pula kepadanya sehasta. Dan jika ia mendekat kepadaKu sehasta,nescaya Aku mendekat kepadanya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan,maka Aku mendatanginya sambil berlari."
(HQR Syaikhani dan Tidmidzi dari Abu Hurairah R.A.)

No comments:

Post a Comment