Followers

Monday, 2 December 2013

Manusia Yang Terleka Saat Diuji

assalamualaikum,

Leka,
manusia memang selalu leka,
leka sehingga lupa bahawa dirinya diperhatikan Allah.

manusia terleka dengan kehidupan dunia,
mereka berkata, 'aku ingin kaya, aku ingin cantik, aku ingin kahwin!'
erk, kahwin pun ade?

tapi itulah kenyataan nya,
manusia leka bahawa syaitan sedang berusaha untuk mengajaknya ke neraka,
manusia leka dengan nikmat yang Allah berikan padanya,
manusia leka bahawa mereka sedang di uji Allah,

Ana ingin petik satu dialog dari movie ayat-ayat cinta,

'banduan: Fahri,ketika Nabi Yusof dimasukkan ke dalam penjara. Dia tidak mengeluh. Kamu tahu apa yang di perkatakan nya? 'Ya Allah, jika kehidupan penjara lebih baik dari dunia luar untuk ku, maka aku lebih rela tinggal di penjara tapi dekat dengan Mu ya Allah'. Fahri, Allah sedang mengujimu Fahri. Sabar. "

sungguh hebat kata-kata itu, ia membuatkan ana menitiskan air mata,
dan ana masih ingat, ana pernah mendengar 1 kisah tentang Saidina Ali as,
beliau menangis kerana pada suatu hari, beliau tidak di uji oleh Allah.
Lalu beliau berkata, 'Ya Allah, apakah engkau tidak lagi menyayangiku sehingga engkau tidak mahu menguji ku lagi?'

Subhanallah, hebatnya tarbiah yang diterima oleh Saidina Ali sehingga kasih sayang beliau pada Allah tidak berbelah bagi.

bagaimana pula dengan kita?
apabila di timpa ujian, apakah kita mengeluh?
atau menyalahkan takdir?
atau melarikan diri dari ujian itu?

jika kita kehilangan kawan, ada insan lain yang kehilangan keluarga sejak kecil.
jadi, ujian siapa yang lebih besar?
jangan mudah mengalah, sesungguhnya ujian itu tanda sayang Allah pada kita.
ujian itu kerana Allah rindu pada mendengar rintihan kita.

Apabila ditimpa ujian, La Tahzan,
anggaplah itu sebagai satu tarbiyah,
terimalah ia dengan penuh redha,
mungkin ada hikmah di sebalik nya,
ingatlah bahawa ramai lagi di luar sana yang ujiannya lebih berat dari kita.

bukankah Allah menjanjikan ujian yang tidak akan melebihi kemampuan kita?
jadi mengapa harus ragu?

'Allah test you because He knows you are stronger than what you believe'

Allahuakbar!

Ana ingin menceritakan tentang kisah ana,
ana pernah dilarang berpurdah semasa ingin masuk ke dewan peperiksaan,
sehingga ana harus mengesahkan identiti ana sebelum masuk ke dalam dewan,

tetapi kemudian ana bersabar,
ana merasakan mungkin pada waktu itu Allah ingin menguji apakah ana istiqamah dengan niqab ana,
kerana Allah telah berfirman bahawa Dia tidak akan melepaskan seorang yang mengaku beriman sebelum diuji.

tetapi sekarang, ana tidak lagi ditegur ketika berpurdah,
malahan tidak dihalang langsung untuk berpurdah walaupun ke kelas,
ana fikir ini semua kuasa Allah,
Allah telah melembutkan hati hati mereka untuk membenarkan ana berpurdah di dalam universiti ini,
Masyallah, ternyata di sebalik ujian itu, ada hikmah yang hebat lagi indah. Subhanallah!

kemudian ada pula yang bertanya, 'nanti nak praktikal kan tak boleh pakai, macam mana tu?'

ana jawab,
'di universiti sekarag pun tak boleh pakai kalau ikut undang undang kan?
tapi kenapa ana boleh pakai?
kerana Allah yang mempermudahkan.
apa yang harus kita buat hanyalah percaya pada Allah.
because nothing is impossible for Allah.
ana tidak mahu fikirkan yang negatif, ana hanya mampu berdoa pada Allah, moga Allah permudahkan urusan ana untuk terus berniqab kerana ana tahu ana bukan buat perkara yang salah pun'

bagi ana, ujian yang telah ana alami sepanjang hidup ini cuma sedikit jika di bandingkan dengan ujian yang di terima orang lain.
dan ana percaya bahawa ujian itu melambangkan kekuatan seseorang.
semakin berat ujian yang diterima, semakin hebat seseorang itu.

dan bila diuji,
kembalilah pada Allah,
dan bila tidak diuji,
setialah pada Allah.


2 comments:

  1. masyaallah. ini satu perkongsian yang baik. memang manusia leka.. memang manusia alpa. perkataan manusia itu sendiri berasal dari perkataan nasiya. iaitu pelupaa.

    ReplyDelete