Assalamualaikum,
pertama sekali alhamdulillah syukur pada Allah kerana masih di beri peluang untuk bertaubat :)
Ana nak berkongsi cerita. ehem! bukan mengumpat yer kawan-kawan. Cuma lah nasihat untuk di jadikan pedoman buat kita semua.
2,3 hari yang lalu, kecoh di laman sosial gambar tiga orang 'niqabis' di facebook. 2 daripadanya bertudung labuh dan menutup aurat. 1 orang daripadanya bertudung singkat dan auratnya kurang tertutup la. Jenis pakai tudung 'halal haram' bak kata Angel Pakai Gucci. Tudung halal haram ni tudung yang mulanya menutup aurat, tapi bila di tiup angin boleh menampakkan yang tak sepatutnya.
Dek kerana gambar itu, ramai lah yang berkomen,
'memalukan nama pompuan Islam je u ollss nie, tak tahu malu ek?'
'mawar agama yang dah buruk, hahaha, nak no please~~'
ish3, yang like gambar tu LOSER, yang komen cenggitu lagi la DOUBLE LOSER.
(ni kata-kata Harith Iskandar tau, bukan ana)
Beginilah sahabat-sahabat semua, apa yang kta fikir pasal orang itu lah yang menggambarkan siapa diri kita sebenarnya. Sepatutnya, kita kene fikir yang baik-baik tentang gambar tu, jangan pulak kita tumpang menabur dosa.
Ada yang bertanya, 'apa komen enti tentang gambar tu?'
komen ana? okay, ana komen ye,
1) pertama sekali, Alhamdulillah semua dalam gambar tu berpurdah. Sekurang-kurangnya mereka cuba melaksanakan sunnah Nabi ni. Bukan senang tau nak berpurdah ni. banyak cabaran nya.
2) Mungkin 'niqabis' yang bertudung singkat itu hanya mencuba niqab milik sahabatnya 2 orang lagi tu dan 'snap' gambar. Kawan ana pun ada juga yang begitu. Apa salahnya diorang nak merasa kan? mana tahu nanti jatuh hati pada niqab tu, kan? :)
3)Mungkin 'niqabis' yang bertudung singkat itu pertama kali mengambil keputusan untuk berniqab dan ingin mengabadikan moment indah itu dengan bergambar bersama kawan-kawannya. First time pakai, maybe dia tak ada tudung labuh lagi. Ana pun ada simpan gambar first time pakai purdah, moment indahkan, mesti la nak simpan. tak gitu kawan-kawan?
4)disebalik semua komen di atas, ana rasa tak salah kalau itu yang berlaku. Tapi ana mengakui, 1 kesilapan pemilik gambar itu ialah dia meng'upload' gambar itu di laman sosial.
Apa pun, kalau betul itu adalah kali pertama dia berniqab, mungkin apa yang terjadi ini adalah dugaan baginya. Kerana sememangnya nak pakai niqab ni, banyak dugaan nya. Jadi, ana mohon enti tabah dalam menjalani kehidupan sebab Allah tak janjikan hidup ni senang, tapi Allah janji disebalik kesusahan itu akan ada kesenangan. Robbuna ma'ana :)
Ana sendiri pun masih tidak mendapat dugaan yang maha hebat setakat ini, cuma lah dugaan kecil sahaja. Alhamdulillah. Mungkin Allah tahu yang ana masih tak mampu nak hadapi dugaan yang besar. Ana cuma mampu berdoa moga apabila dugaan itu menjelma, ana mampu menghadapinya. Amin.
Nasihat kepada si pengomen-pengomen itu, ingatlah, Allah tu kan Maha Pengampun. Jom sama-sama kita taubat sebab dah mengumpat kat orang. Tak kisah lah apa niat dia upload gambar tu, kerana hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati manusia. Kita tak mampu nak judge orang, jadi jangan cuba-cuba untuk judge. Kita punya tugas hanyalah husnudzon (bersangka baik) kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Sekian. :)
Ana ada soalan. Soalan ni bukan utk menghalang berpurdah atau mendiskriminasi golongan berpurdah.cuma soalan ni sering bermain di fikiran. Mohon pendapat dan penjelasan kalian..
ReplyDeleteRamai yg kata nk berpurdah atas alasan
.. Nk jauhi fitnah
.. Tak nk diganggu lelaki
.. Nk menutup kecantikan
Tp realitinya bila berpurdah, semakin menjadi perhatian.
Bkn shj dikalangan ajnabi. Tp perempuan biasa pun boleh terpesona dgn perempuan berpurdah. Inikan pula lelaki ajnabi.
Mereka akan melihat muslimah berpurdah dgn lama shingga hilang dari pandangan mereka.
Dan bila berpurdah, hati lelaki semakin membuak buak ingin melihat wajah disebalik kain itu. Berkali2 mereka memandang muslimah tersebut.
Tujuan muslimah memakai purdah tdk ingin diganggu. Tp bila dah dipandang berkali2 selesakah?
Pasti ramai yg akn menjawab
"xpe. Abaikan mereka. Janji niat kita ikhlas kerana Allah. Kita pakai ni pun sbb nak berhijrah"
Tp persoalan yg saya ingin timbulkan, muslimah berpurdah menjadi perhatian ajnabi. Jadi, bagaimana?
menjadi perhatian ajnabi?
Deletepada pendapat ana, berpurdah atau tidak, lelaki tetap akak suka melihat kepada wanita, ya itu betul.
tapi, purdah itu sebagai salah satu usaha untuk mengelakkan lelaki ajnabi dari memandang mereka.
dan adakah salah si pemakai purdah jika lelaki masih lagi ingin melihat wajahnya?
bagi ana, dalam hal ini memerlukan kerjasama dua pihak, yang wanita cuba menutup dan yang lelaki cuba menundukkan pandangan.
dan berpurdah juga tidak semestinya berdasarkan sebab2 yang disebut oleh enta/enti di atas. ade juga yang berpurdah atas alasan ingin menjaga diri dan mengelakkan diri dari melakukan kemaksiatan.
*akan
Delete