Assalamualaikum,
Tadi ana terjumpa 1 artikel dari surat khabar yang bertajuk 'jangan kaitkan dengan Al-Quran' . Betullah tu, maksudnya jangan menafsir ayat Al-Quran secara SALAH, BUKANNYA TIDAK BOLEH MENJADIKAN AL-QURAN SEBAGAI RUJUKAN.
yang ana sedih, ramai yang komen pada artikel tersebut seperti 'reporter ni dah jatuh murtad ni sebab tak benarkan kaitkan dengan Al-Quran. Al-Quran kan pegangan hidup kita. habis tu nak kaitkan dengan apa? bible?'
Astaghfirullah. betul Al-Quran itu pegangan hidup, tapi Al-Quran bukan untuk ditafsir mengikut hati. Harus ada ilmu untuk menafsir ayat tersebut, jangan hanya berdasarkan tarikh dan nombor ayat maka terus dikaitkan.
disini ana ingin kongsi pencerahan yang ana jumpa. Maaf andai tersilap.
"Hentikan penyebaran tafsir ayat 41 surah yasin untuk dikaitkan dengan kehilangan #MH370. Jelas menyalahi method tafsir yang shahih" - Ustaz Fathul Bari.
Maka berhubung dengan isu kehilangan pesawat MAS MH370 dan ayat dalam surah Yaasin ini sebenarnya tidak ada kaitan langsung kerana beberapa sebab seperti berikut:
1- Dalam bahasa arab perkataan “Fulk” adalah merujuk kepada kapal yang berlayar di atas air. (Rujuk Kamus al-Wasit)
# Maknanya ia tidak merujuk kepada kapal yang berlayar di atas awan (kapal terbang).
2- Ayat ini juga merujuk kepada kapal Nabi Nuh a.s yang belayar ketika banjir yang amat dahsyat ditimpakan oleh Allah s.w.t ke atas ummat Nabi Nuh yang tidak beriman. (Rujuk Tafsir at-Tobari dan Tafsir Ibnu Kathir)
# Maknanya di dalam ayat ini tidak berkait langsung dengan cerita pelayaran kapal terbang.
3- Perkataan “zurriyatuhum” dalam ayat ini pula ditafsirkan oleh ulama dengan dua pendapat:
-Keturunan kaum musyrikin Mekah (diungkit oleh Allah supaya mereka sedar)
-Keturunan yang terdahulu semasa zaman Nabi Nuh a.s. (Rujuk Tafsir Fathul Qadir)
# Maknanya tidak ada kaitan langsung tentang cerita-cerita yang terkemudian daripada zaman Nabi Nuh a.s untuk dikaitkan dengan ‘keturunan’ dalam ayat ini.
4- Bagaimana pula kaedah ulama tafsir yang disebut:
“ Ibrah (pengajaran dalam al-Quran) adalah diambil berdasar umumnya lafaz bukan khususnya sebab turun ayat .” Maka jika melihat kaedah ini bukankah ayat ini boleh juga kita guna pakai untuk kita hari ini yang bukan hanya tertakluk kepada zaman Nabi Nuh a.s?
# Jawapan: Kaedah yang digariskan oleh ulama tafsir ini adalah bermaksud untuk mengambil pengajaran BUKAN untuk menafsirkan keadaan yang berlaku berdasarkan ayat al-Quran.
Ustaz W.Md.Hazim Bin W.Md.Hashim al-Shoubrawy
(Imam Masjid Negeri, Kuala Terengganu)
assalamualaikum..nak tanya... ada bukak tak usrah untuk orang luar kat uia kampus gambang?
ReplyDeletewaalaikumslm, , setakat ni tak de lagi , , kebiasaanya pun student yang masuk usrah dekat luar
ReplyDelete