Followers

Thursday, 5 December 2013

Indah Mawar Agama.



Assalamualaikum,
hari ini ana sempat ber'usrah' seketika bersama rakan sebilik yang cukup hebat belaka.
bercerita tentang mawar agama.

siapa mawar agama ini?
ana tertarik dengan kata kata yang di ucapkan oleh Ustazah Fatimah Syarha, iaitu katanya,
'muslimah ini mawar agama kerana harumnya mereka seperti mawar dan berdurinya mereka seperti mawar.'

seperti mawar yang bagaimana itu?
seperti mawar yang sentiasa menghunus duri apabila ada kumbang yang mendekati.

tetapi, setakat manakah kita menghargai diri kita sebagai mawar agama?
kadang kadang ramai yang memotong duri sendiri demi mendekati kumbang.
nauzubillahi min zalik.

ana melihat ramai mawar kini sudah hilang rasa malu
'mawar kini bagai hilang pagar malunya'
sampai bila kita nak jadi hamba pada kumbang?

Ya Allah,terluka iman ini, sungguh sakit hati ana bila mendengar 'aku tak boleh hidup taanpamu'
sedangkan yang memberi nyawa itu Allah, bukan kekasihmu si manusia pendosa itu,
apa hebatnya lelaki itu sehingga engkau menyerahkan syurga dunia buatnya?
apakah engkau fikir engkau akan hidup selamanya?
apakah yang akan kamu jawab bila Allah bertanya 'kenapa?'

ingatlah betapa buruknya penzina itu sehingga Allah menetapkan hukum rejam sampai mati bagi yang muhsan.
dari zina itu bermula segala keburukan,
bermulanya kehidupan kucar kacir,

dan lebih teruk lagi jika engkau membunuh setelah berzina,
ke mana hilang nya iman mu?
sehingga sanggup mengulang dosa besar?

wahai muslimah yang ana sayangi kerana Allah,
jaga lah diri mu, kerana wanita itu mulia,
ingatlah keseronokan dunia hanya sementara,
jika engkau lalai, azab akhirat yang kekal akan menanti mu,

ramai ana lihat kes kahwin setelah zina,
untuk menghapus dosa zina itu bukan lah dengan berkahwin,
tapi dengan bertaubat nasuha kepada yang Maha Satu,
apa guna nya menutup dosa zina dengan berkahwin?

mungkin ada yang berkata,
'kan orang yang berzina tu nanti akan kahwin dengan penzina jugak, buat ape bertaubat kalau macam tu'

memang Allah menjanjikan penzina dengan penzina juga,
tapi Allah juga berfirman'.... melainkan orang yang beriman'

maksudnya disini, kita punya peluang yang berulang ulang,
kenapa perlu menghukum diri sendiri?
sedangkan Allah itu Maha Pengampun.

orang tua tua mencipta pepatah 'bunga dihisap madu'
tanpa mereka sedari ada kecacatan di sebalik pepatah ini,
kerana Maha Hebat kuasa Allah,
bunga yang kehilangan madu mampu mengeluarkan madu yang lain,
Allahuakbar!
ini membuktikan bahawa Allah itu Maha Pengampun.

Ana juga ingin memberi komen kepada manusia yang suka menyebarkan keburukan orang lain,
apabila melihat dosa manusia lain,
mereka mula menyebarkannya ,
tanpa merasa berdosa walhal mereka sedang berdosa,

kenapa harus dikatakan tentang dosa orang lain?
mungkin aib orang lain Allah tunjukkan,
tapi jangan lupa aib kita, Allah sedang menutup,
jangan sampai suatu hari  Allah membukanya,
apatah lagi apabila hari itu adalah hari pembalasan.

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Allah telah berfirman, manusia hidup dalam kerugian,
tapi sehingga hari ini, kita tidak sedar tentang itu,
hari ini kita masih sibuk dengan pasangan haram itu,
sibuk melihat yang haram,
sibuk mendengar yang haram,
sibuk mencari yang haram,
sedangkan yang halal itu cukup luas,
janganlah kita menghalalkan yang haram, kerana matlamat tak menghalalkan cara.

jika kita masing masing punya pasangan haram,
tahukah kita bahawa kita sedang berdosa?
sedarkah kita akan hakikat dosa itu?

pernahkah kita fikir jika kita mati dalam keadaan berdosa?
inginkah kita?
pasti tidak, tapi tanpa kita sedari, kita menempah tiket usul khatimah,
nauzubillahi min zalik.

tetapi melalui pengalaman ana sendiri,
sekuat mana pun ana mencuba berdakwah,
hidayah itu tetap milik Allah,
dan manusia tidak akan berubah melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri,

 ana hanya mampu mencuba,
keputusan itu tetap ditangan antum semua,
nak seribu daya, tak hendak seribu dalih,

ana telah mengambil keputusan untuk merebut peluang yang diberi Allah,
antum bagaimana pula? masih ingin di takuk lama sedangkan orang lain sudah terkehadapan dalam menggapai redha Ilahi.?

ingatlah hidup kita hanya sementara,
kita akan mati,
sampai bila harus menunggu?
sampai bila harus bertangguh?
Hidayah tidak mungkin datang bergolek.

wahai mawar agama, andai dirimu pernah terpesong, mohonlah ampun pada yang Maha Pengampun, dan biarkan Dia menetapkan masa depan mu.

kerana kita hanya manusia PENDOSA.

wallahuaklam.

3 comments:

  1. :) syukran sebab tag ! betul tu ti. wanita ramai yang hilang malu. malu tu ada tapi tak bertempat. malu buat yang halal tapi tanpa malu pula buat yang haram. Allah !

    ReplyDelete
  2. same2 laa kite berkongsi. . moga kita masih ade pagar malu. . :)

    ReplyDelete
  3. Slots.lv Casino Site
    This site is owned by the Gaming Software Corp. and operated by Virgin Interactive. Virgin Games Ltd. is a registered trademark holder of The Magic Online brand. luckyclub.live The

    ReplyDelete