Allahummasolli ala muhammad, esok 12 rabiulawal tarikh umat Islam menyambut Maulidur Rasul. Semoga ramai yang boleh berpuasa hari ni, esok dan seterusnya.
Hari ini adalah hari ketiga ana berada di cfs iium gambang dan alhamdulillah setakat ni tak ada masalah yang besar lagi.
WELCOME TO GAMBANG!
untuk pengetahuan semua, kampus uia gambang ni buat masa sekarang didiami oleh students medic, dentist dan pharmacy. dan dengar khabar, tahun depan student allied and nursing akan pindah kesini. dan pada tahun 2016, semua science students akan pindah kesini. wallahuaklam :)
ini gambar Mahallah Ibnu Sina , yang mengandungi 5 blok. Occupied by both brothers and sisters and divided according to blocks.
Blok A dan B untuk brothers, manakala blok C, D dan E untuk sisters.
Dan ade jugak rumah fellows di Mahallah ni dan lecturer pun tinggal di sini jugak, jadi insyallah mereka akan membantu menjaga keselamatan pelajar.
kedua,
ini pula gambar cafe, cafe ni berada di tepi mahallah je, bukak sampai pukul 10 malam dan harga makanan setakat ni lebih murah dari kampus pj (bagi ana) dan nasi goreng dia pun sedap. :D.
cafe ni juga dikongsi oleh both brothers and sisters, tapi ana bersyukur kerana setakat ni, ana tak pernah lagi nampak brother dan sister makan berdua. Alhamdulillah. moga keadaan ini berterusan . ternyata student uia ni hebat tarbiyyahnya. hehe. student u lain pun harapnya sama juga. buat masa sekarang masih tak ada pembahagian tempat duduk di cafe, tapi insyallah nanti akan ada pembahagian untuk mengelakkan perkara tidak diingini. :)
next,
ni gambar admin building atau dikenali sebagai bangunan kaca. hehe. sebab kat dalam ada jambatan kaca , sangat elegant dan semua kelas pelajar berada di bangunan ni. hari ni first day ana ke kelas dan jarak antara mahallah dan kelas lebih kurang 1 kilometer. students are escorted by bus ^_^. alhamdulillah bas gerak dalam setengah jam sekali, tapi ramai brother suke jalan kaki. dan masa tunggu bas, kalau bas lambat datang pun insyallah tak ada apa-apa sebab pak guard ada menjaga kat pintu bangunan ni. pakcik tu siap cakap lagi kat ana and kawan kawan tadi kalau ada masalah, boleh report dekat dia. terima kasih pakcik guard dan pakcik bas!
ni pulak gambar bilik ana di mahallah ibnu sina ni. ALhamdulillah biliknya lebih dari selesa sampai senior dari main campus pun jealous tengok. hehe. Alhamdulillah lagi sebab ana dapat roommate yang baik2 jugak untuk sem ni. kemudahan yang ada dekat mahallah ni antaranya TV room (occupied with lcd tv 50 inch and air conditioning system), bilik dobi dengan mesin basuh yang baru, pantry untuk buat air, gymnasium (barang belum sampai lagi), kiosk, kedai barangan computer dan juga ada perkhidmatan laundry siap dengan lipat baju lagi. haha.
ana sangat suka environment disini yang mana tiap2 hari boleh tengok bukit dan dapat mengagumi ciptaan Allah yang Esa daripada tengok kereta2 yang mencemarkan udara di PJ dulu. Alhamdulillah. Tiap2 hari boleh bukak tingkap and tengok kabus pagi2 dan mandi pagi pun sangat sejuk air nya, maklum lah air bukit. Alhamdulillah.
keadaan disini juga sangat sejuk , ana kalau tidur tengah hari pun berselimut.
tengok bukit kat belakang tu, berkabus >_< , gambar ni di ambil dalam pukul 1 tengah hari.
dan ana lagi bersyukur bila wifi sangat lah laju, duduk dalam bilik pun dapat full bar. tengok youtube tanpa tersekat. Alhamdulillah!
Tapi, disebalik segala kelebihan pasti ada kekurangannya. setakat ni masalah yang besar sikitnya adalah line fon tak ada, tak kira la maxis atau celcom apatah lagi digi dan u mobile. juga atm yang masih belum ada dalam kampus ni, atm yang terdekat pun berada di kolej matrikulasi pahang yang jaraknya 15 minit by car. tapi, alhamdulillah fellow akan membantu untuk escort student yang nak pergi atm :)
so far, itu je lah masalah yang besar bagi ana dan masalah kecik yang lain insyallah akan diselesaikan oleh fellows dengan bantuan committe. :)
Namun persatuan masih belum bergerak, mungkin masih lagi cuba untuk menyesuaikan diri dengan tempat baru. insyallah nanti kampus ni akan dipenuhi dengan banner islamik tentang ikhtilat dan macam2 lagi. semoga Biah solehah akan mewarnai kampus gambang ini untuk menyambut junior pula nanti.
Moto persatuan sepatutnya 'akan ku tawan hatimu dengan Biah solehah'. haha.
Insyallah, setakat itu sahajalah, assalamualaikum .
UPDATE!
berkuatkuasa 10/5/14.
assalamualaikum , alhamdulillah ari ni dah tamat secara rasmi semester 3 tahun pertama. Insyaa Allah , dalam masa 3 minggu lagi, ana akan masuk ke semester 4 atau semester1 tahun ke 2.
memandangkan hari ni jugak keluar UPU 10 / 05/ 14, ana nak mengupdate sedikit tentang CFS IIUM GAMBANG.
untuk pengetahuan semua, sem depan masih lagi brothers and sisters berada dalam 1 mahallah. Alhamdulillah setakat ni keadaan masih terkawal, tidak pernah terjadi kes2 couple atau sebagai nya yang tak di ingini.
dan sekarang mesin atm masih tak de dekat sini, jadi akak remind adik2 untuk bawak duit banyak sikit sebab masa awal2 sem ni banyak akan guna duit.
Tapi, jangan risau, setiap ari rabu akan ada trip ke atm di kolej matrikulasi pahang bagi student yang nak keluarkan duit. trip ni by bus.
dan setiap ari khamis juga ada trip untuk ke pasar malam di simpang empat bandar gambang. So, jangan risau tak cukup makan ke ape, terlebih makan sebenarnye. trip ke pasar malam pun by bus.
Dan untuk ke kelas, pelajar2 boleh ke kelas menaiki bas (tapi kalau nak jalan kaki boleh jugak kalau larat), tapi kena turun awal la sebab takut nanti terlepas trip. kalau terlepas trip, kena la pergi jalan kaki.
ni la bus yang akan bawak pergi atm, jugak pergi pasar malam dan pergi kelas.
dah exhausted bus ni. :)
dan untuk pengetahuan adik-adik, ASASI UIA SEMESTER 1 2014/2015 akan bermula pada 8/6/14. pada hari ahad adik2 akan mendaftar dan menjalani TAARUF WEEK selama 4 hari sampai hari Rabu dan kemudian adik-adik akn ada Exam EPT/APT/TenT/Fardhu Ain pada hujung minggu tersebut. Dan pada hujung minggu tu jugaklah adik-adik akan dapat tahu result adik-adik dan dapat tahun tempoh pembelajaran adik-adik sama ada 1 tahun atau 2 tahun. tidak ada 1 tahun setengah bagi kos medik, dentist, pharmacy.
kemudian pada 15/6/14, pelajar second year akan masuk mendaftar dan adik-adik akan memulakan kelas bersama dengan senior adik-adik.
Akak nak ingatkan adik- adik bahawa sepanjang TAARUF WEEK, adik-adik HARUS ALERT dengan sebarang pengumuman seperti TUKAR COURSE, DAFTAR SUBJEK, MASA DAN VENUE EXAM dan sebagainya.
Insyaa Allah akak akan menjadi salah seorang committee taaruf week untuk menyambut adik-adik di CFS IIUM GAMBANG nanti. Dan jangan takut kalau adik dengar cerita yang minggu orientasi ni selalu kena ragging ke ape ke, sebab UIA tak macam tu. Kami para committee berusaha untuk menerapkan unsur Islamik sebanyak mungkin ke dalam Taaruf Week tu nanti. Cuma adik2 kena belajar bangun qiamullail laa. :)
Dan untuk semester hadapan jugak, hanya pelajar kos medik, dentist dan pharmacy akan berada di cfs iium gambang. ini berita yang akak terima setakat ini.
Cuma pesanan akak,
1)TAJDID NIAT sebelum masuk ke U. Pastikan niat tu hanya lah untuk belajar , berjihad dan berdakwah. Buang niat yang 'nak cari tulang rusuk' bagai tambah-tambah kalau masuk UIA.
2)bila masuk U nanti, jangan jadi zombi yang hanya tahu belajar, sebaliknya join la sebanyak mungkin society, usrah, dan kerja2 kesukarelawan untuk develop soft skills.
3)Yang mane2 dapat UIA tu tambah2 lagi Kampus Gambang (Medic,dentist,pharmacy) , inform2 la akak yer. Insyaa Allah akak akan jadi salah seorang COMMITTEE TAARUF WEEK yang terlibat dalam opening and closing ceremony.
4)Kalau dapat UIA tu, akak harap adik2 bukak hati untuk terima tarbiyyah dan berubah menjadi lebih baik. Insyaa Allah yang dapat UIA ni insan terpilih
#INGAT,UNIVERSITI BUKAN KILANG!
2)bila masuk U nanti, jangan jadi zombi yang hanya tahu belajar, sebaliknya join la sebanyak mungkin society, usrah, dan kerja2 kesukarelawan untuk develop soft skills.
3)Yang mane2 dapat UIA tu tambah2 lagi Kampus Gambang (Medic,dentist,pharmacy) , inform2 la akak yer. Insyaa Allah akak akan jadi salah seorang COMMITTEE TAARUF WEEK yang terlibat dalam opening and closing ceremony.
4)Kalau dapat UIA tu, akak harap adik2 bukak hati untuk terima tarbiyyah dan berubah menjadi lebih baik. Insyaa Allah yang dapat UIA ni insan terpilih
#INGAT,UNIVERSITI BUKAN KILANG!
ini para petugas yang mengawal keselamatan students.
dan disini ada 24 CCTV, so jangan nak buat benda tak elok yer :)
Alhamdulillah setakat ini tidak ada kes kecurian.
ini gambar biliknya. adik-adik akan menetap di bilik yang tak pernah ade orang duduk lagi. seronoklah. :)
ini pula gambar kiblat. nanti kalau tak tahu mana arah kibat. tanyakan je pada mana2 committe.
Last but not least, nama batch kami adalah AL-FATEH: WE ARE BORN TO HEAL,
siap ade baju batch lagi. kat PJ tak de tau. hehe.
batch adik-adik nanti tak tahu la nama apa pulak.
itu sahaja dari akak. apa2 pun yang akak ceritakan ni hanya valid untuk cfs iium gambang sahaja. syukran.
Tahniah pada yang dapat UIA, yang tak dapat UIA, boleh apply lagi untuk second, third and fourth intake :)
Assalamualaikum.
assalamualaikum bakal dr,,,izinkn sye btnye ye
ReplyDeleteasasi pharmacy dentistry medicine uiam kt sini ke???
waalaikumsalam, ye .
DeleteAssalamualaikum nk tnya eh, uiam gambang ni dia offer foundation apa ye? Amd brpa requirements dia as in dlm spm? Thanks! :)
Deleteassalamualaikum ukhti,kalau asasi seni bina akan stay sini ke bg sesi 2014/2015?
ReplyDeletewaalaikumsalam ,, maaf tak,,
ReplyDeletekt sini hny medik, dentist dan pharmacy,
y slebihnya di PJ :)
assalamualaikum akak. sya ad apply asasi farmasi di uia. akak,jdual pack x dlm shari tu? snce akak ad ckp dlm shri just 2/3 jam je blajar,or maybe sya yg slh fham,boleh tlong jelaskan x psal study dsna? frnkly speaking,sy xbiasa tnggal d asrama dn sya xsuka bljr rush2 evn i got straight a's in spm 2013. . im just worried that i can't survive if i tke foundtion/matrclation..
ReplyDeletewaalaikumsalam, jadual adik bergantung pd kputusan apt/ept dan sama ada adik ambik 2 tahun atau 1 tahun.
ReplyDeletekalau adik exit english (ept) dan arab (apt), adik akn dpt 1 tahun yg mane sgt pack jadual, dri pg smpai ptg. .
kalau adik exit arab je, insya Allah dpt 1thun tp ttp pack sbb english tu contact hour dy bnyk.
kalau adik exit english je, adik akn dpt 2 tahun, tp first sem biase nye sibuk skit, n agk pack.tp bila dh next sem tu bru la free which means kelas 2/3 jam je ,
kalau adik student 2 tahun, akn merasa laa kelas 2/3 jam, tp kalau 1 tahun hrap maaf laa. .
tp x kira la 1 thun atau 2 tahun, belajr dekat mane2 asasi mahupun matric sgt lah laju silibus nya, mmg kna blajar survive. .
kalau dh msuk degree nnti lg la, pharmacy akn ade 3 quiz setiap mggu
ouh .syukran ya akak. :) lg stu akak,klu tkar kos dri frmasi ke medic pd hjng sem,mcm mna ya? sbjek medic dgn frmasi sma ke smuanya dlm satu2 sem ?
ReplyDeleteafwan :) subjek same, ,
ReplyDeletealhamdulillah. . .tnang hti mmbcanye. . :) trma ksih ye akk.. :)
Deletesame2 ^^
Deleteassalamualaikum akak asasi pharmacy, dentist n medic subjek dier same je ke?? ade tak foundation 1 tahun setengah??
ReplyDeletewaalaikumslm, yup, medic, dentist,pharmacy,allied,nursing sume subjek same.
ReplyDeleteuntk medic, dentist,pharmacy,allied,nursing hny ade 1 thun / 2 thun.
untk kos lain ade 1 thun stengh.
assalam,line celcom tak ada kak?mcm mana nk cntct fmely
ReplyDeletealhamdulillah,line oke je skang :)
ReplyDeletealhamdulillah..wifi kat sna mang ada ka kak ? dlm sebilik brapa org ya? maaf saya bnyak tnya :)
Deletewifi mmg ade dik, duk ats katil pun boleh scroll instagram , , tp bile wifi laju sgt, jd dugaan pulak. hehe
ReplyDeletesebilik 4 org dik :)
takpe kalau xcukup makanan, "akak" syaliatie ade. hahahaha *sorry sya saje melawak
ReplyDeletehaha , kak amni pun ade :D
DeleteHmmmm pun bolehh :p
DeleteSalam kak nak tnya,sy dpat kos yg sy ingin iaitu dentistry uia kat gmbng lahkan asasi die?..yg sye musykilkan ialah sya ade jalani pembedahan mata bbrp thun lps,jdi skrng ni pun mata sy dlm proses baik pulih,kalau pakai spek pun rabun jugak..boleh ke jadi dentist?
ReplyDeletewsalam, , wallahuaklam dik, , akak pn x tau jwpn tu, , tp rase nye masih boleh sbb semua org berhak untuk jd dentist :)
Deletekena rujuk department dulu.. sebab ada member dulu dia nursing, bila nak sambung degree x dapat sambung sebab kelainan upaya pendengaran, terpaksa ditukar ke kos lain...ada member yg lain nak sambung degree medik x dapat sebab buta warna...
Deleteassalamualaikum akak :D
ReplyDeletealhamdulillah saya dapat uia asasi farmasi.insyaAllah nanti kita jumpa :D
saya ingin bertanya.macam saya dapat farmasi.untuk kos ini selalunya student dia berapa orang?
tak lupa juga terima kasih untuk info yang bermanfaat.
waalaikumslm, , selamat datang ^_^ ..
Deleteuntuk batch akak, student pmacy dalam 80++ kalau tak silap :)
akak, kalau dapat asasi sains hayat dekat uia ni, boleh ke nak tukar course macam farmasi?
ReplyDeletewsalam. tolong reply bgi pihak kak sya. boleh je tukar time taaruf week. nnti dye akan bgi borang utk tukar tu. in syaa allah, klau ada rezeki, dpt la tukar course. sama cam sya gak la dlu :D
Delete*saya
DeleteAssalamualaikum akak ^_^.
ReplyDeleteSy ade bbrape soklan..
1. Brape ramai yg exit apt/ept dn brape rmai yg amik asasi 1 thn?
2. Ade x brg2 yg x bleh dibawa atau yg dilarang bawa ke cfs gambang?
3. Bilik air di luar bilik ke dlm bilik?
waalaikumslm, yg ambik 1 thun dlm tak smpai 100 pn rasenye, ade brg2 yg x boleh dibawak, bilik air di luar bilik.
DeleteASSSALMUALIKUM KAK. nak Tanya, tandas dalam bilik ke? besar tak bilik dia? Nampak macam kipas sorg satu jer..hehe
ReplyDeletewsalam. skali lgi saya tolong reply bgi pihak kak sya sbb ada kelapangan masa. hehe.. tandas kat luar bilik. tp tandas ok la agak besar. bilik mmg besar.. kipas jgn risau memang sorang satu.. haha.. in shaa allah mmg puas hati la dgn asrama kat sini. :D
Deleteassalamualaikum kak, alhamdulillah saya ditempatkan di UIA gambang ,
ReplyDeletemudah-mudahan saya dpt belajar banyak dari kakak dan kawan-kawan kak ^.^
insyaa Allah :)
DeleteAssalamualaikum . Dear sis thanks a lot for your explaination .. rasa lega Sgt . InsyaaAllah .. erm akak .. :-)
ReplyDeleteApa yg dimksudkan dgn exit tu?
ReplyDeletemeans student dah xyah belajar sbjek tu during cfs. :D
Deleteassalamualaikum akak, alhamdulillah saya berjaya ditempatkan di cfs iium gambang campus, i truly need ur help now. boleh takk tolong include the full adress as well as the phone number for cfs iium Gambang Campus. puas dah saya meng'google' tp still tak jumpa. i'm truly need that kind of details to fill in some online forms. hope u can help, massive thanks akak :) jazakillah.
ReplyDeleteni mesti bursary ni kene mintak alamat..slpas puas saye mencari nah (bhgian bawah skli) http://www2.iium.edu.my/sites/default/files/Map%20to%20Pusat%20Asasi%20IIUM,%20Gambang,%20Kuantan.pdf
Deleteterima kasih akak, hee :)
DeleteSalam kak . Kalau dpt course sains bersekutu yg kampusnya d pj , mcm mana proses nak tukar ke course dentist yg kampusnya d pahang erk ? Harp kakk dpt bantu . Terima kasih :)
ReplyDeletewsalam. skali lgi saya tolong reply bgi pihak kak sya sbb ada kelapangan masa. hehe..nanti time taaruf week dkt pj, dye akan bgi borang utk tukar course. adik isi borang tu and in shaa allah, ada rezeki dptla tukar kos yg adik nak. sbb asasi dentist kat gambang, in shaaallah adik akn dpindahkn ke gambang slps tu :D
Deleteassalamualaikum akak.. alhamdulillah saye dpt course farmasi kat sni.. tp ad bende yg curious sket la... nak tnye, ap subjek2 yg diambil kira time nak kire GPA n CGPA?? haha.. risau gak la sbb arab dah karat .. last amek time pmr je..
ReplyDeletewsalam. skali lgi saya tolong reply bgi pihak kak sya sbb ada kelapangan masa. hehe. subjek core and subjek university requirement je akan dkira pointer. subjek macam arab, english xkan dkira pointer. jgn rsau dik :D
Deleteowh.. TQ very much akak.. risau sgt klu dikira dlm pointer.. haha.. smangat sket nk g gambag camni..
Deletejangan risau. just enjoy je life kat cfs nanti. in shaa allah, sume akan berjalan lancar. welcome to gambang! xsabar nk jmpe juniors. haha
Deletesaya pon x sabar nak jumpa akak seniors.. hehe.. please welcome us warmly.. <3
DeleteYa Allah tak sabar masuk CFS IIUM Gambang!!
ReplyDeletewelcome to gambang!!! :D :D :D
DeleteAssalamualaikum akak. akak selalunya ramai tak yang kene buat foundation for 2 years ? alhamdulillah saya dapat kos farmasikat iium ni. lpas habis foundation , degree pun still sambung sini ke mcmne?
ReplyDeletewsalam. skali lgi saya tolong reply bgi pihak kak syaliatie sbb ada kelapangan masa. majority stud cfs utk science courses buat foundation 2years. in shaa allah, degree still di UIA unless adik plan nk mntak uni lain lps tu. utk science courses, degree dkt UIAM KUANTAN.
Deleteassalamualaikum akak!! inshaAllah 8 jun nt saya akan mndaftar disana. dapat la jumpa akak nnati ye ^^.
ReplyDeletetp takutla jugak sbb sy takde lgsung basic arab. agak2 boleh go ke?
wsalam. skali lgi saya tolong reply bgi pihak kak sya sbb ada kelapangan masa. in shaa Allah sis akn jmpe kak syaliatie during taaruf week. arab? dun wori. xde basic pon, lps apt, in shaa allah dpt arab level 1. nnti msuk kls utk arab tu, dye akan ajar bnde2 yg basic and others. in shaa allah, its enough to u to prepare for apt at the end of semester. :D
Deletetenkiuuu! emm lagi satu nk tnya, boleh ke kalau nak tukar course?
Deleteboleh je.. nanti time taaruf week, in shaa allah akan diberi borang utk tukar course. :D
DeleteAssalammualaikum . Sya nak tanya . Kalau apt tu cma level 1 , tempoh asasi jadi 2 tahun ?
Deleteakak, saya akan mendaftar dekat kampus gambang ni bulan jun nanti. nak tanya, bila paling awal boleh balik rumah? masa raya nanti ke?
ReplyDeletenk balik hujung minggu pun boleh, , hehe, tp cuti pnjg mase raye nnti :)
Deleteassalamualaikum akak.. insyallah akan register kat sni this 8/6 ntuk course farmasi.. saya nak tnye, berapa minimum CGPA ntuk course ni ntuk teruskan ke degree?? ap jd klu x dpt min CGPA 2??
ReplyDeletethank you.
waalaikm slm, untuk pmacy, minimum 3.5 . klu krg, kena tukar kos, akn masuk biotech /nursing/dietetic dan mcm2 lg brsesuaian dgn result
Deletenak dapat biasiswa jpa kena dapat 3.75 ke atas....ramai budak medik n farmasi x dapat biasiwa masa degree...so, usaha sikit...satu lagi, farmasi dah jadi bukan kritikal kos..
DeleteSalam perkenalan
ReplyDeleteSya pun bakal msuk asasi dkat sni...
Mintak tunjuk ajar.. hope dpt jmpe
insyaa Allah, , nnti dtg sini cari lah akak. . akak sorang je committe yg pakai niqab mase taaruf week :)
DeleteOh ye akak nk tnyer uiam gambang ni dekat x dgn uitm kuantan bcoz sya ade kwan dkat sne... so hopefully dkat la..
ReplyDeletedalam 1 jam perjalanan :)
Deletesalam akak.. nak tnye,
ReplyDelete1. blik air kat gambang ni, 1 bilik 1 atau kne kongsi rmai2?
2. pasal dress code time taaruf week 2, kne bawak white sarong.. maksonye?? x paham la.. bawak kain je? mcam kain bju kurung 2 ke??
wsalam. skali lgi saya tolong reply bgi pihak kak sya sbb ada kelapangan masa.
Delete1) bilik air kongsi rmai2.
2) white sarong means kain (yg mcm bju kurung) yg putih. just kain je sbb nnti daftar, pihak uia akan bgi baju batik utk students. pkai bju batik dan kain sarung only time closing ceremony xsilap.
owh.. TQ akak.. pelik gak sbb tetiba kne bwak kain sarong.. hehe..
Deletesalam kak.. nk tanya.. lelaki pakai baju tshirt putih ke kemeja putih? tq..
ReplyDeletetime taaruf week ke? kemeja putih.
Deleteakak, saya nak tanya macamana kemudahan belajar kt uia gambang ni ? kemudahan belajar die superb tak ? and selalu student pakai beg mcmne eh pergi kelas ? beg galas belakang ke ?
ReplyDeletekemudahan belajar camna maksudnya? for me la, facilities belajar kat sini mmg okay. tambahan plak, bgunan baru so mmg mmbuatkan saya selesa belajar. tak taula kalau org lain. beg pergi kelas tu xkisah ekcelli. ada je yg pkai beg galas belakang, beg tepi, beg laptop, yg xbawak beg pon ada, dyorg bwk file je. depends on student la :D
Deleteohh . hehe . mksud kemudahan tu mcm ble exp die mmg smue barang ade , buku rujukan pun ade. mcmtulah lebih kurang maksud saya . kira memang okay la kemudahan belajar die ?hee .
Deletekat sini xde lab lagi. huhu. mgkin juniors kena amik subjek lab (eg physic lab) kat pj. bku rujukan mgkin ada kot kat library.
DeleteAkak, nak tanya, satu bilik ada bnyk tak plug? Blh bawa extension tak?
ReplyDeletesatu bilik ada 4 compartment. each comparment ada 2 plugs. better bwk xtension
DeleteAkak, sya nk tnyer nnti stu bilik campur ke dgn senior? Tudung dkat sne bleh pakai bleh pkai ape2 jenis x mcm selendang ke? And mse pergi kuliah nnti mmg kne pakai bju kurung je ke klau jubah or dress bleh x?
ReplyDeleterasenya xcampur dengan senior. wallahualam la. blh jetudung apa2 pon just tak payah yg manik2 sangat. just yang simple je. kelas blh bju kurung or jubah only.
Deleteassalamualaikum. saya bakal penuntut uia gambang bg kos farmasi. hehe. excited nak masuk sini ni. cuma nak tanya sikit, baju bg brothers masa taaruf week, registeration n class mcm mana eh? kena berkolar ke
ReplyDeletewajib berkolar (eg, kemeja)
DeleteAssalamualaikum akak.
ReplyDeleteAlhamdulillah, sy akn msuk uia gambang 8/6 nnt .. Tak sbr rsenye.. Hehe^^
Akak, nk tnye bleh tak? Uia nie akn ade pekse MUET ke nnt? Ke kire ikut ept je?
wsalam. muet wjib diambil utk graduate time degree nanti. tp kte kna uruskan sendiri. plan sendiri nak amik bila, kat mane. uia x uruskan muet utk students mcm dekat matrik
DeleteOoo. Jd, mksudnye kte kne amik muet time degree la nie? Asasi x prlu ke?
Delete*aasif
kalau nk ambik time asasi kena ambik dkat luar, , tp boleh ambik time degree jgk
Deleteassalamualaikum akak. akak , kat uia gambang ni ade ke penunutut dari luar negara ?
ReplyDeletewsalam. sem lepas ada sorang tapi dah keluar rasenya. utk sem depan ni tak tau la. :D
DeleteAssalamualaikum...akak kalau second intake bila?
ReplyDeletewsalam. emm tak sure bila tapi mgkin 2 or 3 weeks after first intake. sorry
DeleteAssalamualaikum kak,nanti kelas kt sana budak lelaki kene pki kemeja ke t-shirt?
ReplyDeletewsalam.kemeja, jubah, bju raihan pon blh utk kelas dik. :D
Deleteassalamualaikum kak, saya nak tanya, tudung putih untuk taaruf week kena beli kat luar ke kena beli wktu registration day?
ReplyDeletekena beli dkat luar .
Deleteassalam akak, sorry mengganggu. iron ada sedia tak kat sana, atau kena bawa sendiri?
ReplyDeleteiron perlu bwak sndri
DeleteAssalamualaikum akak, saya Farah Arifah. Alhamdulillah saya ditempatkan di iium gambang. Asasi farmasi. Minta tolong ajar ye. Btw, tudung putih masa orientasi tu boleh tak pakai pashmina putih plain? And time kelas boleh pakai shawl kan ? And station bas for long distance ada dekat mana? Macam mana nak ke Stesen bas tu? Maaf la banyak sangat soalan. Harap diberi penjelasan.
ReplyDeleteboleh pakai apa2 yg menutup aurat dan x bercorak. station bas dkat kuantan. boleh prgi naik bas rapid/ teksi/ mintak pkcik kiosk hntrkn dgn byaran trtntu.
DeleteAssalamualaikum akak! alhamdulillah! saya Amirah Amirmudin. lepas baca entry ni saya bersemangat nak masuk uia gambang. tak sabar 8 june ni! tambah2 lagi dengan lagu3 ni (opick, marshanda, maher zain) saya dapat rasakan biah solehah akan sentiasa mekar di UIA dan dalam jiwa2 penuntutnya di sana. in sya allah. see u akak! this blog really help me. Alhamdulillah. May Allah ease your way.
ReplyDeleteinsyaa Allah :)
Deleteassalamualaikum, semua,, maaf sgt tak dpt nak balas comment semua, akak agak sibuk untuk induction korang semua nanti ^_^ . . jd ape2 boleh mcj atau whatsapp akak 0145235105 . . maaf sekali lg,
ReplyDeleteakak... padang mana? sy nk guuling2
ReplyDeleteSalam sis, saya student course nursing kat UIA pj. Baru2 ni, UIA keluarkan berita nursing dan physical science akan pindah ke gambang tahun depan. Allied belom lagi . Yang ni mmg confirm. Kalau kes mcm ni kan.... kita org ni akan ada Taaruf week lagi sekali ke macam mana?
ReplyDeletewallahuaklam, yang tu brda di bwah lingkungan admin :)
ReplyDeleteSalam alaik
ReplyDeleteKak, sy dengar asasi allied health sc akn pindah ke gambang tahun depan. Sahih ke berita tu?
http://www.iium.edu.my/cfs/news/relocation-gambang-campus
ReplyDeleteSalam, maaf kpd y bertnya dan sy x sempat nak jawab bcoz i can't access this blog anymore as admin. but if u have question regarding cfs iium gambang, u can ask directly to my facebook (Nur Syaliatie Erieza) of just post ur question here and i will reply. Thanks :)
ReplyDelete-sincerely, Dr.Niqabis (Syaliatie erieza)
As salam kak. Nak tanay berapa kos semester utk asasi pergigian?
ReplyDeletewsalam, kos semester mcm mne ye? maaf kurg fham
ReplyDeleteAkak, kat cfs ni boleh ke bawak motor ye? And boleh bagi contoh barang larangan yg commonly org terbawak? Thanks
ReplyDeleteWslm, maaf,hanya basikal sahaja dibenarkan di asasi. kemudian,utk barang larangan yg selalu dibawa ialah heater air..peralatan elektrik juga ada panduan yg perlu diikut..utk elakkan short circuit dan utk menjaga kesenagan rakan2 yang lain juga..Wallahuallam.
DeleteOh utk maklumat lanjut, minta tolong utk join group cfs iium gambang k...sbb kat situ ada ramai staff uia.insyaallah mereka boleh beri jwpn yg lebih meyakinkan. dan kami dari komiti minggu orientasi 15/16 juga boleh toong di situ.(^^,)
tak boleh bawak motor/kereta. . bas disediakan kalau nak pergi klas. . barang larangan y common student dah tahu dilarang tapi nak bawak jugak ialah rice cooker. hehe .
ReplyDeleteHow about printer? Boleh? And betul ke rumor pasal tak digalakkan pakai tudung labuh unless pakai purdah?
ReplyDeletePrinter boleh bawa. Btw, tak pernah dengar pasal rumor tu. So pakai je la tudung labuh
DeleteSalam,rumour to sgt lah x boleh dipercayai. Jgn risau, maklumat saya boleh dipercayai sebb baru jer habis asasi minggu lepas. Waalalhuallam(^^,)
DeleteAssalamualaikum akak, kalau outing pegi mana ea kat gambang tu? Ada ape tarikan kat situ?
ReplyDeleteWassalam. Outing kat kuantan. Banyak je mall kat sini. Pantai pon banyak. Ok la i guess
DeleteAkak, kalau dalam arahan ni uia suruh buat xray je, med check up kat cfs. Tapi ada yang cakap, better buat med check up siap siap? Cemana ye?
ReplyDeleteSalam,abang ialah komiti utk Minggu orientasi asasi uiam 15/16 kali ini. Yup,kali ni,uia nak tolong utk jimatkan duit pelajar baru. so,klinik uia tawarkan free medical checkup utk korang semua..(untung korang).. cuma x ray jer perlu buat kat luar. so,jwpn saya,better buat kat klinik uia jer nanti..
DeleteOh utk maklumat lanjut, minta tolong utk join group cfs iium gambang k...sbb kat situ ada ramai staff uia.insyaallah mereka boleh bewri jwpn yg lebih meyakinkan.
Terima kasih commiteee yg baik
DeleteTerima kasih commiteee yg baik
DeleteTerima kasih commiteee yg baik
DeleteAsslmualaikm akak, assignment semua nnti laptop ke? Hehehe
ReplyDeleteWassalam. Mostly pakai laptop
Deletepermainan dkat uia gambang ni mcm mana? ad brother main volleyball tak?
ReplyDeleteSalam ada. Abang ialah komiti untuk minggu orientasi 15/16 kampus gambang. Jadi,lebih baik utk bro join group cfs iium gambang. sbb di situ, ramai lagi komiti yg ada dan staf uia juga ada.insyaallah bro boleh dpt jwpn yg lebih meyakinkan..
Deletebro dpt kos apa ya di uia ni?
Assalamualaikum kak.. kan untuk perempuan tingkat 5,memang tak de lif ye ?
ReplyDeleteWslm dik. Ya mmg x da lif. x pe, insyaallah berbaloi effort adik utk timba ilmu ni. Mungkin pahala adik lebih tinggi dari rakan2 yg duduk di aras yang lebih bawah,disebabkan kesungguhan adik ini...jgn risau,blogger kita ni pn duduk tingkat lima gak,cer minta pendapat dia pulak..wallahuallam(^^,)
Deleteambe duk tingkat 3 deh. x pernah pulak tingkat . . ish3
Deleteuntuk tahun ni asasi engineering akn pindah ke gambang ke?
ReplyDeleteSalam,bro aliff.x. intake yang perlu ke cfs iium kampus Gambang hanyalah kos Medical,Dentistry dan Pharmacy shj.Wallahuallam(^^,)
DeleteNnt time kt sane ade byrn ape2 lg ke??means time taaruf week..
ReplyDeletesalam kak, nak tanya.. saya dpt 2nd intake dekat uia pj. boleh ke saya nak tukar course kalau dpt 2nd intake?? terima kasih :)
ReplyDeletenanti course AED pun kena transfer gambang kan? someone balaskan pls.
ReplyDeleteya. tapi belum confirm tahun bila lagi
DeleteStart from 24/1/2015...all science course from pj cfsiium will be register @ gambang cfsiium..
DeleteSorry...not 24/1/2015.... but start from 24/1/2016....
DeleteHahaha tak siap lagi so tak boleh pindah! Baru semangat nak bilik besar :3
DeleteKak,bdk medic mase asasi brape kali praktikal ya?
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, kalau nak bawak basikal untuk ke kelas boleh ke?
ReplyDeleteConfirm ke budak sains akn pindah ke gambang 24/1/16???��������
ReplyDeletekak kalau tak belajar bahasa arab boleh ke apply kos farmasi di uiam ni? :)
ReplyDeleteApa2 kos pon boleh mohon even takde basic arab. Nanti time taaruf ade test arab and english, then kita akan belajar balik english and arab based on level berapa kita dpt time test awal2 tu :D
Deletekak kalau tak belajar bahasa arab boleh ke apply kos farmasi di uiam ni? :)
ReplyDeleteX
DeleteX
DeleteSalam akak ,utk 2016, allied health science belajar dkt campus mne? PJ ke Gambang?
ReplyDeleteAs slm kak, nk tye sye lpasan spm 2015 n alhamdulillah straight As, 5A+.....so, nk tye klau saye apply utk asasi medic dkt uia, chances utk dpt tu tinggi x???....btw sye budak pnsijilan dq-uiam 16/17
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum sis. Saya just confuse apa yang menyebabkan asasi untuk pelajar medik, farmasi dan dentistry jadi 1 tahun atau 2 tahun? Saya kurang faham tentang exit EPT dan exit APT. Thanks for sharing sis :))
ReplyDeleteBahasa Arab & Bahasa Inggeris. Kalau kedua2 bahasa ni awk power, asasi sekejap je la. APT is Arab Placement Test. EPT is English. If x power, diorg amik jugak walaupun x de knowledge of Arabic langsung tapi jadual nnti akn ada kls B. Arab & asasi lebih panjang. Asasi lg pendek x de kls BA/BI
DeleteSis,
ReplyDeleteKalau ke kulliyah asasi, hanya boleh pakai baju kurung je ke? Baju biasa tetapi menutup aurat x leh?
Makeup dibenarkn ke kat asasi?
Kebiasaannya mmg time kulliyah baju kurung or jubah. Baju biasa tu rare or tak pernah student pakai cause tak formal. Pasal makeup boleh pakai asalkan tak terlalu over.
DeleteSalam. Intake jun 2016 asasi law di pj or gambang ye? Tq :)
ReplyDeleteKalau tak silap, setakat ni uia gambang for science'a student placement. Law masih di PJ. But, uia ni suka buat suprise. So you might not know anything could happen
DeleteSalam. Intake jun 2016 asasi law di pj or gambang ye? Tq :)
ReplyDeleteAssalamualaikum kak. Untuk mana2 exam yg kena amik tu cnth ept dr segi apa yg blh saya prepare.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak. Untuk ept ada apa2 yg kena prepare x. Saya xtau nk prepare apa .
ReplyDeleteAsalam nk tnya hostel untk student dkt iium gambang semua mcm kt ats ke? Sbb ad sesetngh blog sy tngk hostel dia lain , walaupn dkt iium gmbang,
ReplyDeleteAsalam ..sukan ape jee ade di uia gambang..rugby ade x
ReplyDeleteAsalam ..sukan ape jee ade di uia gambang..rugby ade x
ReplyDeleteAssalamualaikum,, Tumpang tanye,, berapa banyak Mahallah dalam UIA Gambang dan berapa anggaram untuk total student di sana.
ReplyDeleteada senarai harga untuk makanan di kafe UIA Gambang? dengar cerita murahnya dibandingkan dengan UIA Gombak dan UIA Petaling Jaya.. bestlah korang makan sedap-sedap dan portion pun banyak puas hati.. dah bahagia makan kenyang berkhasiat, mesti performla study.. selalu syukur alhamdullillah.. k good luck uolz
ReplyDeleteassalamualaikum kak. klau asasi sains hayat dkt gambang ke kat pj. thank you kak
ReplyDeletetahun nie plajar baru masuk brapa hari bulan #2018
ReplyDeletekatanya 24 jun 2018
Deleteassalam akak,,, besar tak cabaran amik asasi farmasi,,, btw,, sy tak ad asas arabic language
ReplyDeleteSalam kak tumoang tnya, second dan intake untuk asasi iium 2018 nie selalunya buka bila?. Kalau nak buat rayuan kena buat melalui irayu cfs atau appeal letter secara direct atau dua2?.
ReplyDeleteMohon penjelasan dan terima kasih banyak2.
Assalamualaikum,akak nk tya klu nk bawa periuk nasi kan x bleh klu Sya mohon dgn principal nk bawa periuk bleh ke ?
ReplyDelete