assalamualaikum ,
yang Maha Melihat,
siapa Dia,
Dia lah Tuhan bagi para Muslimin Muslimat,
Dialah Tuhan yang aku sembah,
Dia lah Tuhan yang mengatur hidup ku,
Dia lah Tuhan yang memberi rezeki pada ku,
Dia lah Tuhan yang menyambung setiap nafasku,
Dia lah Tuhan yang menjaga aku tika aku sihat tika aku sakit,
Dia lah segala-galanya bagiku,
Tanpa Dia aku tidak akan hidup,
Tanpa Dia, aku akan mati.
Romantik tak ana dengan Tuhan ana?
ana tak perlukan 'pakwe/makwe' untuk romantik,
cukup dengan Tuhan ana pun ana boleh romantik,
Dia lah Kekasih ana,
Antum cemburu?
antum pun boleh,
Allah bukan untuk ana seorang,
Allah untuk kita semua,
tidakkah kamu sedari?
Jadi kenapa harus bergantung hidup pada manusia pendosa yang akan mati?
sedangkan kita punya Allah yang Maha Suci yang kekal abadi.
Percayalah,
manusia yang kamu cintai,
yang kamu puja itu,
akan lari bertebaran,
akan lupa pada mu bila di akhirat nanti,
percayalah.
Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat dzalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).(2:165)
Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(3:31)
Katakanlah: “Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, istri-istri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.(9:24)
Nah, LIHATLAH!
Allah sudah berfirman,
tetapi kenapa kamu tidak mahu mendengar?
kenapa masih membuta?
kenapa masih mentuli telinga?
sungguh lupa kamu kepada Allah yang telah menjaga kamu sehingga waktu ini,
sehingga kamu membaca post ini, apakah kamu masih bertangguh dalam urusan taubat mu?
ketahuilah,
'the man who decide to change on 12th, die on 11th"
why wait when you have time now?
setakat itu sajalah muqaddimah ana, (muqaddimah baru :D)
kembali pada tajuknya, yang Maha Melihat,
manusia ni sebenarnya lupa bahawa Allah itu Maha Melihat,
kerana itu mereka berbuat dosa di tempat tersorok,
menyembunyikan dosa mereka dari pengetahuan manusia,
TAHNIAH!,
kamu telah berjaya mengaburi pandangan manusia,
tapi Yang Di Atas Sana bagaimana?
apakah kamu berjaya?
tidakkah kamu tahu bahawa segala dosa dosa kamu hatta sebesar zarah sekalipun akan dibuka di akhirat kelak,
saat itu, bukan hanya Allah yang tahu,
Tapi setiap manusia akan melihat baik buruk kamu,
tidak malu kah kamu?
'manusia yang hilang malu, juga hilang imannya'
ada yang bertudung labuh,
tapi mudah meluah rasa hati pada si ajnabi,
seterusnya melibatkan diri dalam hubungan haram,
kemudian lahir lah yang haram,
ada yang berkopiah berjanggut,
tapi mudah tergoda dengan lirikan mata si tudung labuh,
seterusnya menabur benih ke dalam yang haram,
maka lahir lah yang haram.
salahkah apa yang cakap?
ana rasa tidak,
kerana bukan ana yang pertama mengucapkannya,
tapi firman Allah membuktikan.
"La Takrobu zina"
ini bukti nya,
yang kecil membawa pada yang besar,
yang besar bertambah besar,
lalu tercalit lah titik hitam,
bagaimana harus memadam?
dengan TAUBAT.
ana bukan ingin memburukkan yang alim ini,
tapi ana tidak mahu golongan minoriti seperti ini terus mencalit arang pada muka si alim.
golongan inilah yang mencemar nama.
hentikan lah,
ubah lah akhlak agar menepati pakaian mu.
ramai pula yang masih keliru dengan istilah couple,
ramai yang menganggapnya biasa,
malah menganggapnya satu kewajiban bagi remaja.
Astaghfirullah.
ana bercakap berdasar pengalaman,
bukan nafsu semata.
ramai yang berkata:
aku kapel bukan buat ape pun,
bukan jumpe slalu pun,
bukan buat maksiat pun,
kiteorang saling ingatkan pasal solat,
saling ingatkan pasal Tuhan,
salah ke?
kamu bertanya dan aku menjawab,
YA SALAH!!
AMAT SALAH!
berbuat dosa dengan kapel tu sudah salah,
lagi salah apabila kamu menerapkan unsur ISLAM dalam hubungan itu,
ibarat mempermainkan agama Islam sendiri.
ingat, matlamat tak menghalalkan cara,
jangan menghalalkan yang haram.
ada pula yang berkata,
'kalau salah kenapa ramai orang kapel?'
memang ramai yang kapel,
tapi adakah yang ramai itu betul?
adakah yang biasa itu benar?
kan NABI SAW dah bersabda,: Islam itu datang dalam keadaan asing, dan kembali dalam keadaan asing.
sebab tu dulu masa Nabi mula mula berdakwah, zina itu biasa tapi islam itu asing,
sebab tu SEKARANG zaman akhir zaman, zina itu biasa tapi islam itu asing.
asingnya Islam sehingga ada yang mentertawa yang bertudung labuh,
ya ada,
bukti nya , ana pernah ditertawakan.
jadi, kenapa harus mengikut kebiasaan yang dilakukan oleh manusia pendosa?
kenapa tidak ingin mengikut apa yang diwahyukan Allah kepada mu?
'aku tinggalkan kamu dua perkara, nescaya tidak akan sesat jika kamu berpegang pada keduanya, Al quran dan As sunnah'
adakah kapel tuu arahan Allah dalam Al-quran?
cuba bagi ana 1 dalil dari Al-Quran yang menunjukkan kapel tu dibenarkan.
adakah kapel itu sunnah Rasulullah SAW?
Berikan ana 1 hadis berkaitan dengan nya jika benar.
Jadi, adakah kita tersesat kerana berkapel disebabkan tidak berpegang pada Al quran dan Sunnah?
jawab sendiri!
berbalik kepada Yang Maha Melihat,
ingat lah,
mungkin orang tak tahu apa yang kita mesej dengan si dia,
mungkin orang tak nampak apa kita buat dengan si dia,
mungkin orang tak tahu setakat mana cinta kita pada si dia, apakah melebihi cinta pada Allah?
Tapi Yang Maha Melihat itu sentiasa melihat,
Yang Maha Mengetahui itu sentiasa tahu.
jangan malu dengan manusia,
malulah pada Allah yang memberi segalanya pada mu walau engkau tidak akan sanggup memberi seglanya pada Dia.
wallahuaklam bis sowab,
yang baik itu dari Allah,
yang buruk itu kelemahan ana sendiri,
mohon jangan nilai Islam berdasarkan ana.
hebat! :)
ReplyDeletesyukran jazilan :)
DeleteTq for the information fren..bru sy tahu ttg bnda ni..insyallah sy akn ubh n jauhi bnda ni scpt mungkin.
ReplyDeletebanyakkan berdoa pada Allah untuk dipermudahkan jalan. :)
Delete