Followers

Monday 25 November 2013



Assalamualaikum,
Menundukkan pandangan. Apa itu?
Adakah harus tunduk setiap masa? Nanti kalau terlanggar tiang macam mana?

“Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka”
( Surah An-Nur : ayat 30,31)
Ayat diatas adalah firman Allah SWT kepada perempuan dan lelaki yang beriman.
Tundukkan pandangan disini bermaksud , hendaklah kita memalingkan muka dari memandang. Bukan lah bermaksud harus tunduk.

Dengan nama Allah yang Maha Mengetahui, sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam hati hambanya (ayat ini pun ada  disebut dalam al Quran) . Jelaslah kepada kita sebagai seorang yang beriman, bahawa kita tak boleh memandang apa yang diharamkan dipandang.

Orang lelaki, apabila memandang wanita tidak menutup aurat, akal mereka akan dinakluki oleh nafsu. Mereka ini golongan yang mudah tergoda dengan wanita, kerana itulah Allah menyuruh mereka menundukkan pandangan. Apabila nafsu mulai beraja, akal mulai menghamba, diri akan mulai bertindak seperti orang yang tidak beriman.
Disebabkan satu hal 'menundukkan pandangan' ini yang di anggap remeh, maka terjadilah kes rogol dan yang seumpama dengan nya.

Kadang kadang lelaki beralasan, 'alah, tengok sikit je, tak kan tak boleh, nak menikmati keindahan ciptaan tuhan je'.
memang tak boleh pun, Allah dah berfirman kan, tugas kita mendengar dan patuh, kenapa harus beralasan itu dan ini?

Yang wanita pula, sama sahaja. Sering memandang lelaki yang bukan mahram.
Mereka berkata, 'alah, tengok je, bukan ada rasa apa pun. '
memang, memang tak rasa apa bila mula mula pandang, tapi bila dah biasa, nak mengelakkan pandang tu susah, betol tak?

wahai wanita, sedarlah bahawa dirimu begitu menggoda, dengan hanya pandangan dan kenyitan mata sudah ccukup untuk membuatkan sang lelaki 'melting'. kerana itu Allah melarang daripada memandang.

Maaf jika bahasa ana seperti tidak menghormati perasaan orang lain, tapi ana cukup benci, benci dengan maksiat ini, kerana benci kepada maksiat itu tanda orang yang masih ada iman di hati.

Bagaimana pula hendak mengamalkan kaedah menundukkan pandangan ni?
susah rasanya hendak diamalkan. tapi, betul kah susah? atau hanya diri yang mulai beralasan ? dek termakan hasutan syaitan?

Pertama, ana rasa , paling penting sekali, perlulah kita menjauhi tempat tempat yang penuh dengan 'aurat yang terbuka'. ini kerana jika kita berada berdekatan orang yang membuka aurat, tambahan lagi jika yang berlainan jantina, ini akan menyebabkan hati lebih membuak buak untuk melihat. betul atau tidak? Namun, jika kita terlihat orang yang menutup aurat dengan sempurna, pasti kita malu sendiri untuk memandang.

Keduanya, semat kan dalam hati bahawa Allah sentiasa memandang kita. Pasti kita akan gerun mengingatkan azab Allah di akhirat kelak. Insyallah jika diamalkan kedua dua cara ini kita akan berjaya menundukkan pandangan sekaligus berjaya mematuhi perintah Allah.
Subhanallah.

Life is full of choices. maka, pilihlah untuk mematuhi perintah Allah agar selamat hidup di dunia dan akhirat , Insyallah. Allah berikan kita pilihan, untuk menguji iman kita, bukan untuk menyusahkan hidup kita.

dan ana mohon sahabat sahabat yang ana kasihi kerana Allah agar tidak beralasan, tetapi sebaliknya taat kan saja perintah Allah kerana Allah lebih Maha Mengetahui.

Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam Al Quran ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah.

al kahfi :54

 

No comments:

Post a Comment