Followers

Friday 3 January 2014

CFS IIUM PJ/GAMBANG

assalamualaikum, hari ini ana cuba untuk berperang dengan perasaan malas untuk mengupdate blog. :)

Memandangkan hari ini sudah masuk tahun baru Masihi, 2014, dan spm 2013 pun telah lama berlalu.
Demi mengotakan janji ana pada lepasan lepasan spm, maka post ini telah di hasilkan.

Pertama sekali, beberapa minggu yang lepas, junior ana telah bertanya, "akak, macam mana nak sambung medik yer? nak kena masuk asasi ke?'

melalui soalan itu, ana dapat tahu yang ramai yang masih kurang faham tentang medic dan asasi.

pertama sekali, ana ingin jelaskan tentang asasi. Adik adik sekalian, asasi ni adalah asas dalam pembelajaran. nama pun asasi kan? hehe. maksudnya, asasi ini satu aliran pembelajaran asas yang masih tak menjamin akan sambung degree dalam bidang apa. Faham? Rase nye masih kurang jelas disitu yer, :)

Hampir semua universiti dalam Malaysia ni menawarkan pengajian asasi untuk lepasan SPM. Antara yang tidak menawarkan asasi adalah USM. betulkan ana jika ana salah. Tetapi, asasi berbeza mengikut universiti. berbeza disini adalah melalui perbezaan namanya.
Contohnya, ada universiti yang menawarkan asasi sains fizikal, dan ada yang menawarkan asasi kejuruteraan. walhal kedua dua asasi ini membawa ke bidang sama sahaja sebenarnya.

Yang ana tahu, asasi yang ada di universiti adalah seperti berikut:
1)UM; sains hayat dan sains fizikal.
2)UITM: sains, kejuruteraan dan tesl.
3)UNIMAS: sains hayat  dan sains fizikal.
4) UMS: sains.

itu yang ana tahu, kalau silap boleh dibetulkan yer. :)

dan, hakikatnya adalah asasi ni hanya satu anak tangga yang kecil sebab selepas asasi, pelajar2 asasi harus memohon UPU semula untuk menyambung degree. Dan tak semestinya anda dah buat asasi di universiti tu, then anda akan sambung degree di universiti tu jugak. Tapi anda akan ade kelebihan la sikit, contohnya kalau buat asasi dekat UITM, bila mintak UPU untuk buat degree dekat UITM jugak, pihak UITM akan bagi kelebihan la dekat anda.

TAPI, SEGALA YANG ANA CERITAKAN DI ATAS TAK APPLY UNTUK UIA SEBAB UIA SPECIAL. ;)

sekarang part untuk promote UIA, hehe.
Firstly, UIA ada 17 asasi:
1) medicine
2)dentistry
3)pharmacy
4)allied health  science
5)nursing
6)biological science
7)physical science
8)engineering
9)architectural and design
10)economy
11)english
12)arabic
13)islamic revealed knowledge
14)english for communication
15)arabic for communication
16)law
17)human science
18)ICT

*kalau ada tertinggal harap maaf :)

sekarang, ana akan explain for each course,
1)medicine

medicine of course la medic, anda akan belajar 11 core subject semuanya.
-math 1 & 2
-bio 1& 2
-chem 1 & 2
-physics 1 & 2
practical bio, chem, physics
tidak termasuk subject bukan core,harap maklum.
and so far, memang asasi medic ni competition tinggi, and antara ramai ramai, setakat ni ana hanya tahu ,budak budak medic ni paling rendah straight a and 6 A+ spm, and paling tinggi straight A+ of course. bukan nak menakutkan, cuma nak cakap competition terlalu tinggi , so kalau rasa result tak pass,boleh mintak kos lain dahulu sebab (sebabnya ana explain kejap lagi). untuk batch ana, budak medic lebih kurang 150. (termasuk 1 year and 2 year)

2)dentistry

dentistry ni untuk pergigian, tapi subjek nye same sahaja dengan budak medic, tak de beza langsung .  student dentist untuk batch ana tak sampai 50 orang pun. so boleh la pakat pakat mintak dentist yer,hehe.

3)pharmacy

pharmacy pun same dengan medic subjectnye. tak de beza jugak. pelik kan?tapi hanya UIA la tahu kenapa buat macam tu. wallahuaklam. and bilangan student pharmacy ni diantara dentistry and medic, around 100 lebih.

#ketiga tiga kos atas ni akan belajar di UIA Gambang, bukan UIA PJ. sebab kampus baru bukak.

4)allied health science

kos ni kalau yang tak pernah dengar mesti tak tahu kan? kos ni sebenarnya kos umum, di bawah kos ni ada cabangnya, yang ana tahu, optometrist,radiography(x-ray), audiography(telinga), physioteraphy.
cuma, masa asasi, anda akan belajar subject sama dengan budak medic. tapi, bila anda masuk degree barulah anda akan dapat pilih bidang masing masing.

5)nursing

kos ni untuk yang minat nursing la. subjectnye pun same dengan subject yang budak medic belajar. ada pulak orang tanya, 'eh, nursing pun ade asasi ke?' . Haruslah ade. Jangan rendahkan budak nursing yer, sebab diorang bila dah graduate, akan terus jadi sister atau 'nurse baju biru'. kire nurse yang paling tinggi sekali la :). dan anda harus ingat, tanpa nurse, siapalah doktor.

#kesimpulannya, anda boleh lihat kan yang kelima lima kos atas ni belajar subject same kan? hikmahnya adalah sebab setiap sem semasa asasi, anda boleh tukar kos. dan sebab yang lainnya adalah bila nak masuk degree, anda tak semestinya akan ambik degree based on course masa asasi, kalau budak pharmacy pun boleh mintak medic untuk degree nanti. sebab tu budak medic jangan happy sangat. ;D . sebab tu jugak ana ade cakap tadi, kalau anda minat medic, tapi rase result tak pass lagi, boleh mintak antara lima kos kat atas dulu, then bila dah habis sem, tukar kos .

next,
6)biological science.

kos ni kalau dalam bahasa melayunya sains hayat la. tapi ramai ingat kos ni sama dengan asasi sains hayat kat u lain. kalau u lain, asasi sains hayat akan membawa kepada medic, tapi untuk kos ni, nanti degree, anda akan ambil degree dalam bidang bio science jugak and tak de harapan untuk masuk medic. so, berhati hati yer. jangan tersilap.

7)Physical science

kos ni kalau dekat u lain akan membawa pada engineering, tapi di uia, kos ni lebih kepada matematik sebab untuk engineering dah ade kos untuk engin tu sendiri. untuk kos ni, anda tak akan belajar biology, tetapi anda akan tambah math 3. jadi, kepada siapa siapa tak minat math, nasihat ana jangan ambik kos ni. >_<

8)engineering

kos ni amat popular sebab paling banyak bilangan student. menurut lecturer ana, bilangan studentnye 2000 dalam 1 batch! tapi tak hairan sebab nanti main campus akan ade banyak cabang engineering. so maybe sebab tu uia ambik ramai budak engineering. tapi setakat yang ana tahu memang engineering ni majoritinya lelaki. yang sister ramai dekat nursing. tapi sebenarnya, both engin and nursing perlukan bilangan student lelaki dan perempuan yang sama banyak sebab untuk memenuhi permintaan pasaran pekerjaan sekarang.

9)architectural and design

kos ni memang sah untuk architecture la, kalau minat kos ni,boleh la mohon. :)tentang subject yang dipelajarinya ana tak pasti ape. tapi yang ana tahu kena banyak melukis. tapi yang special nya budak AED ni, diorang akan dapat elaun tambahan 500 and bilik yang besar di mahallah sebab nya perkakasan diorang tu mahal and diorang perlukan meja yang besar untuk melukis, sebab tu dapat bilik besar. ^_^

10) economy

budak econs ni yang ana tahu, diorang belajar pasal akaun and ekonomi la. hehe.
tapi diorang pun bertuah jugak sebab diorang akan buat asasi di main campus GOMBAK. diorang tak akan belajar di PJ. sangat best sebab kampus GOMBAK ni kampus paling cantik ;)

11)english

kos ni kalau kat UIA orang panggil BEN. kos ni akan belajar umum pasal english, maksudnya, writing ade, speaking ade. tapi kalau kos english for communication(ENCOM) , lebih kepada presentation, speaking and kena ade self confident yang tinggi.

12)arabic

arabic pon same je dengan english, akan belajar bahasa arab . kalau arabic for communication lebih kepada communication lah.

13)Islamic revealed knowledge

kos ni akan mendalami tentang Islam. kalau arabic tadi belajar bahasa arab, bukan Islam. tapi kos ni atau lebih dikenali sebagai IRK akan mendalami Islam.

14 dan 15 dah di explain tadi .

16)Law

my ex roommate dulu budak law. law ni belajar law lah, undang2 untuk ambik degree law dan menjadi peguam. tamat. hehe. tentang subject nye ana kurang tahu.

17)Human science

kos ni pun jarang di dengar tapi sebenarnya sangat hebat jugak. kos ni yang ana tahu , boleh ambik degree psychology nanti dan mereka akan belajar tentang sejarah dan politik ade jugak kot. ana kurang pasti.

setakat itu sahajalah post ana, jika ada persoalan boleh ditanya. jika ada penambahan juga boleh ditambah. sekian. wallahuaklam :)

146 comments:

  1. Salam kak. Asasi sains hayat dgn sains perubatan (medic) lain kan??

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam dik, asasi sains hyat untuk bidang biological science, nnti akn smbung degree dlm biotech,
    tp asasi perubatan akan smbung degree dlm medic. .
    n student asasi sains hyat akn berada d kampus PJ,
    student asasi perubtn akn berada di kampus Gambang,
    hrap akak menjawab soalan :)

    ReplyDelete
  3. akak skang sem brape? kat tempt bru ni byk x tempat yg bole pgi nk klua jln2 ke nk pgi shoping ke? senang x nk cri transpt?

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah akak skang sem 3. .
    kalau nak kuar jalan2, tempat yang pling strategik adalah bndar kuantan sbb kt situ je ade shopping mall. and klu nak pergi ke kuantan atau mane2, boleh aje naik bas rapid kuantan dan bas tu boleh naik depan mahallah je sbb bas rapid akan msuk sampai mahallah :) . kire kalau nak kuar tu sng laa. .
    klu nak shopping pling dekat boleh je pergi tunas mart, pun naik bas rapid jugak. .
    klu nak hoorey2 boleh prgi gambang waterpark atau safari park sbb dekat sgt2 ^^. .
    n klu nak pergi pasar malam, setiap ari khamis every week akan ade trip untuk prgi psar mlm, , :)

    ReplyDelete
  5. skang kat uia ni bleh lgi ke klau nk tuka cos mse taaruf? atau kene tggu akhir sem bru bleh tuka?
    lepas tu, klau die dpt cos kat uia pj cthnye alliedsc, tp die nak farmsi yg kat gambang tu.., kmungkinan die bleh dpt x cos farmsi tu? klau die dpt, mknenye die kene pindah gambang la kan?
    ok ade lg soalan..;) bole x outing sesuke ati? cuti sem nak stay kat mahallah bole? xyah balek xpe ke? akak msk cfs mse 1st intake ke?

    ReplyDelete
  6. 1) pasal tukar kos mase taaruf week tu, dia berubah mengikut keadaan . macam batch 2012/2013 x dpt tukar kos mase taaruf week. tapi batch akak (2013/2014) boleh tukar kos mase taaruf week. Akak dulu dpt pharmacy, mase taaruf week tu dpt tukar medic, Alhamdulillah. . :) . tp skang klu nk tukar mase akhir sem, x boleh tukar ke kos medic, kos2 lain boleh sbb skang uia nk kurangkn intake untuk budak medic, dentist. Untuk batch 2014/22015 yg akn masuk bulan june ni akak x psti la dpt tukar kos mase taaruf week atau pun tak.
    2)insyaa Allah ade kmungkinan sbb akak ade kwan yang asalnya kos AED (architecture), mase sem 3 bru dy dpt tukar kos pharmacy. . so, dia pindah gambang la. tapi ade desas desus mengtakn y bulan june ni, yang akan berada di gambang adalah student medic,dentist,pharmacy and allied. :)
    3)outing sesuka hati tu cmne yer? hehe. klu nak outing boleh kuar ari jumaat, sabtu dan ahad sahaja. Cuti sem klu nk stay kt mahallah boleh, tp kna isi borang dulu. ade je yg stay mase cuti sem, kebiasaannya student dri sbah,srwak and international student :)
    4)Alhamdulillah akak masuk mase 1st intake .

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau sem 3 bru dpt tuka x buang mse ke? yelakan..lg 1 sem nak abis asasi pastu tetibe blaja pharmacy? mknenye tempoh asasi die 2 taon + 3 sem? kawan akak tu kene interview x?

      Delete
    2. tak, dy ttap ambik 2 tahun, .
      untuk plajar 2 tahun ade 6 sem, bukan 4 sem. .
      jd yg dh smpai sem 3 bru tukar, dy ade 4 sem untuk blajar balik, , x da msalah kalau hati betul2 nak, ,
      untuk tukar kos x perlu interview

      Delete
    3. maksud nya tak perlu dia extend sampai 2 thun lebih sbb maximum asasi 2 thun je, ,
      kalau ade y lebih tu mkna nya repeat la kot

      Delete
  7. Salam. Kakak boleh terangkan core subjects apa yg diajar untuk course BEN? Dan apa yg perlu saya apply kat upu kalau nak pilih BEN? Sebab kat upu banyak sangat kategori, saya kurang faham. Saya lepasan spm 2013 dan minat nak masuk uia.

    ReplyDelete
  8. Waalaikumsalam dik, kat UIA klu untuk kos english, ade 2 kos, 1)BEN 2)ENCOM . untuk BEN boleh pilih kt UPU. pilih asasi bahasa Inggeris , UIAM , klu tak silap akak. klu untuk ENCOM, kena masuk UIA dlu bru boleh tukar ke ENCOM mase taaruf week. .

    subjek untuk kos BEN pulak, macam ni:
    Core Courses
    Basic Research and report writing
    Essential English Grammar
    Oral Communication skills
    Reading and analytical thinking: Drama
    Reading and analytical thinking: Poetry
    Introduction to study of English Language
    Introduction to islamic revealed knowledge
    Introduction to human science

    English Language
    English Language Level 3
    English Language Level 4
    English Language Level 5
    English Language Level 6
    Arabic Language
    Elementary Quranic Language part 1
    Elementary Quranic Language part 2
    Computer
    One department required course

    Computer 1
    College Mathematics or Introduction to critical and creative thinking skills

    Two Islamic Fundamental Islamic Courses
    Understanding Islam(Students taking Pendidikan Islam in SPM) or Religions In Malaysia(students taking Pendidikan Al Quran & As Sunnah and Pendidikan Syariah Islamiah in SPM)
    And Basic themes of Al Quran

    Alhamdulillah adik berminat untuk masuk UIA. Kami mengalu-alukan kedatangan anda ^^,

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kak for the info. Oh lebih baik isi upu sebelum result spm or selepas result spm ye? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum boleh, selepas pun boleh. . Tp lbih baik tgk result dulu. yg pntg x boleh demand sgt bile isi sbb skang competition sgt sengit. . ape2 pun y pling pnting, istikharah ^^

      Delete
  10. Assalamualaikum, saya nak tanya apa beza sans tulen dan sains hayat? Sbb sebenarnya saye berminat nk ambik asasi perubatan di uia. Tp masa isi upu tu bidang perubatan takde dalam pilihan. Kursus perubatan tu ada. Cuma dalam pilihan bidang tu yang takde perubatan. Jadi pillinan pertama bidang saya ialah sains tulen. Betul ke pilihan saya tu? Harap akak faham apa yg saya cuba sampaikan. :>

    ReplyDelete
  11. waalaikumslm adik, , maaf tp akak krg jelas dgn soalan adik, , setahu akak, xde asasi sains tulen, tp asasi sains hayat ade. . klu dik brmint dgn medic ,adik kena mhon asasi perubtn sbb kalau asasi sains hyt,mmg x boleh smbung degree dlm medic,tp kena smbung dlm degree biotech atau biomedic... klu adik dpt 4.0 bru laa adik akn dtwarkn untk msuk degree medic ..

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. adik bpe result? boleh akak tau ?
      :)

      Delete
    2. Alhamdulillah straight as. Nk tny, mcm mana nak menentukan pengajian sama ada setahun atau dua tahun? Adakah bergantung pd exam arab? Dan bhs arab tu kita akn belajar ke sebelum exam? Hehe sorry byk tny.

      Delete
    3. alhamdulillah, mabruk alaiki, :)
      yg mnentukn sthun atau 2 tahun adelah exm arab (apt) dan exam english (ept)
      x kn blajar sblum exam, sbb exam mase minggu taaruf. . dan di akhir minggu taaruf tu dh boleh thu result exam n bpe tahun kite dpt. .
      tp klu x prnh blajar arab, boleh je tggal kosong , same mcm akak dulu,, hehe >_<

      Delete
    4. La ye ke? Kiranya kalau tk lulus exam arab tu, confirm dua tahun lah? And kena belajar bhs arab sepanjang thn pengajian kat uia la? Sbb sy pun bukan dari sekolah agama. Kiranya akak blajar asasi dua tahun la?

      Delete
    5. Akak, saya nak tny byk lagi ni hehe. Sebelum tu sy nak minta maaf sbb ambik masa akak. Tapi sy betul2 buntu skrg. Nk tny, bhs arab dan english kena belajar mcm belajar subjek bio, chem etc ke? Dan adakah bhs arab and eng termasuk dlm pointer? Satu sem asasi kat uia ada brp subjek? Sbb sy tnya dkt u lain satu sem ada 4 subjek. Maaf sgt2 sbb byk tny :( hrp akak boleh jwb ye..

      Delete
    6. tak jugak, depends on course adik laa, , klu medik,dentist n pharmcy kena dua thun, klu kos lain boleh buat stahun stengah..tak, adik just kene blajar smpai exit, contoh klu mcm medic kene ambil arab smpai band 2, disebabkn akak xde asas bhasa arab, akak trmsuk dlm band 1, , jd akak kene blajar band 1, then exam pastu next sem blajar band 2 then abis laa, , tpi, kite boleh lompat level atau trus exit, ,mcm akak, akak dripd band 1 akak trus exit,x perlu blajar band 2. .
      x perlu blajar mcm subjek lain sbb ni subjek smpingn je, lgpun klas bhasa mmg x stress pun, boleh dikatekn kite akan suke klas bhasa sbb ia hny rilex2 and x msuk dlm pointer, hny perlu lulus. . klu untuk subjek stiap sem tu pulak brgntung pd study plan. . study plan ni pulak lain untuk stiap kos dan brgntung jgk pd tempoh kite sma ada 1 thun atau 2 tahun. . lepas adik dh dpt result apt n ept, adik akn dpt 1 kertas yg mnunjukkn study plan adik sepnjg adik blajar asasi ni, , dri situ adik boleh tgk ape subjek yg adik akan ambik pd setiap sem. . tp klu biase nye student 1 thun, dlm 1 sem ade 4 subjek core dan bberpa subjek tmbhan mcm BTQ, UI (yg i subjek pndidikn Islam la lbih krg). . tp klu student 2 tahun, mmg rilex giler2, , mcm akak, akak student 2 thun, akak ambik 2 subjek je 1 sem dn kelas dlm 2/3 jam je sehari ^^.

      xpew dik, akak x kisah, akak lg suke, ,hehe :)

      Delete
    7. Jazakallah khayr akak :) sy doakan akak berjaya dunia dan akhirat ameen. Doakan kejayaan saya juga :)

      Delete
    8. afwan :) insyaa Allah berjaya dunia akhirat ^^ .Semoga dpt dtg uia. . klu dpt uia, ckp laa kt akak :)

      Delete
  13. same2 dik. . ^^ semoga Allah memudahkan urusan adik. .

    ReplyDelete
  14. akak , kalau 6a+ 2a 1b+ boleh dapat asasi dentistry tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaa Allah dpt, tp ape yg b+ tuu? . peluang untuk dpt tuu tinggi insyaa Allah, , tp klu boleh, yg 2nd choice and 3rd choice pn letak uia jugak, same ade pharmacy atau allied.. so that klu x lpas dentist pn dpt jgk masuk uia, bile dh msuk nnti boleh tukar kos. :)

      Delete
  15. brape lame kite dekat asasi bgantung kpd ept apt kan? so klau kite dpt 1 taon tp kite nak mintak tuka 2 taon boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, dan boleh je. sbb rmai je kwan akak yg tukar dri 1 tahun ke 2 tahun . tp klu dri 2 thun nk tukar ke 1 thun x dpt la, , hehe. . tp, klu boleh tukar awal2 lg bru sng nnti sbb bile lmbt tukar, nnt study plan brubah n susah jgk nk dpt tukar bile dh lmbt :)

      Delete
  16. Salam akak :) saya n tanye ni, kalau buat degree kat iium, ade lagi tak subjek bahasa arab walaupun ambil medic ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikum salam, kalau adik dah masuk cfs iium dulu bru masuk degree iium, adik tak perlu blajar arab dah sbb dh ambik mase kt cfs, , tp klu adik dri u lain, pastu bru msuk uia untuk degree, mmg kna blajar arab jugak laa sbb tu mmg wajib, , tp bukn susah sgt pn, sng je, , :) and sbenrnye sgt relax cara pembelajarn dy tu. .

      tp bile dh msuk degree, contoh mcm medic, akan ade 1 subjek yg khusus untuk kaitkn medic dengan Islam, mcm fiqh perubatan gitu. . subjek ni sgt seronok untuk di pelajari sbenrnye ^^

      Delete
  17. akak lagi satu saya nk tnye, result saya 6a+ 3a 2b+, kalau saya nak masuk uia jugak saya kena isi upu pilihan 1-4 uia ye ? ape ape course punn eh. saya igt nak ambil sains kesihatan bersekutu. :) tapi saya jugak nak cuba nasib kot kot dapat UM asasi sains hayat, so saya ltak UM pilihan 1. pilihan 2 - 5 saya letak UIA. ape opinion akak ? harap aak faham ape yg saya cuba sampaikan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2b+ tuu ape ye?
      yang pnting kena lpas minimum requirement, sbb klu x lpas mmg akn trus di reject. .
      akak rase pilihan adik tu dh bgus, no1 ltak um, then no 2 ltak allied uia, no3 and sterusnya pn klu boleh ltak uia jgk. . tp klu dah aim allied, yang no3 and sterusnya tu jgn pulak letak medic/dentist/pmacy, sbb allied tu dy punye minimun requirement lg rendah, . klu boleh letak yg tggi then rendah , fham tak? hehe

      Delete
  18. assalamualaikum. akak kalau saya amik asasi kesihatan, tapi nak tukar farmasi agak2 boleh tak ? pointer nak berapa ek ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumslm, , insyaa Allah boleh, , klu nak selamat at least 3.5 ke atas. .
      tpi jgn risau, peluang untuk tukar ade setiap hjung sem, insyaa Allah, , klu x dpt skali bleh try lg, :)

      Delete
  19. salam. sya batch kte student prbtn krg dri110 org utk student 2 years. klau tmbh dgn 1 year rsenye x smpai 150

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke? maaf2, sbb rase macam ramai, , :)

      Delete
  20. akak, saye minat nak ambik kos pharmacy kat cfs . mostly student kat sane brape a spm dorang dpt kos pharmacy tu (pengalaman akak la spjg kat cfs)? pling kurang pon atleast brape a utk kos pharmacy? medic? dentist?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mngikut pengalaman akak, student pharmacy, dntist n medic, mostly, ALMOST semua straigh A. . klu ade y bukan straight A pun x rmai, n biase nye y tukar kos. . klu yg x dpt straighta pn untuk subjek yg bukan core conth pendidikan islam ke. .
      and akak dengar thun ni rmai yg dpt straigt A spm, , jd mgkin persaingan tu sengit skit :)
      tpi klu ade rezeki x kemana kan? ^^

      Delete
    2. Akak.. klu subjek bio A, fzik kmia addmath A- ok x?? Lbih2 lgy klau bdk laki?? Hehe untk medic or frmasi??

      Delete
    3. oke sgt tu dik, , Akk sbenrnye x mampu nk jwb soalan mcm ni , sbb semua brgntung pd result batch tersebut, maaf ye :)

      Delete
  21. salam kak. kalau physical science tu study subject ape eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam dik, akak kurang pasti, tpi setahu akak macam ni subject dia.

      Physical Students (Engineering & Physical Science)

      Program Requirement Course Title
      Core Courses Mathematics 1
      Mathematics 2 (Physical)
      Mathematics 3
      Physics 1
      Physics 2
      Chemistry 1
      Chemistry 2
      Computer 2
      English Language English Language Level 3
      English Language Level 4
      English Language Level 5
      English Language Level 6
      Arabic Language Quranic Language Part 1
      Quranic Language Part 2
      Computer Computer 1
      Two Islamic Fundamental Islamic Courses Understanding Islam(Students taking Pendidikan Islam in SPM) or Religions In Malaysia(students taking Pendidikan Al Quran & As Sunnah and Pendidikan Syariah Islamiah in SPM)
      And Basic themes of Al Quran

      wallahuaklam :)

      Delete
  22. akak boleh x bagi contoh soalan apt? ade essay ke? basic yg kite kene tau mcm grammar?.....mcm vocab....? any tips utk lulus?

    ReplyDelete
  23. rasenye untuk jwb soalan adik tu, boleh laa tgk blog brother ni,

    http://ordinaryguy92.wordpress.com/2011/04/30/centre-for-foundation-studies-iium/

    :)

    ReplyDelete
  24. b+ saya english kak ... hehe..tp all subject science stream dapat A+...alhamdulillah

    ReplyDelete
  25. Assalam... Berdasar pengalaman akak, majoriti yang dapat Asasi Sains Bersekutu dan Asasi Sains Hayat dapat berapa A SPM? Please kak, UPU tarikh tutup harini :)

    ReplyDelete
  26. assalam. kak. saya dapat 7A3B masa SPM haritu. and I've got A+ in my English. pilihan pertama saya letak asasi BI UIA, kedua asasi TESL uitm. sekarang ni, saya dapat nggilan temuduga untuk asasi TESL uitm. ada desas desus mengatakan, kalau saya dah dapat uitm, means saya takkan dapat asasi lain. betul ke kak? saya dari dulu dah aim UIA sebab tak payah nak sibuk2 mohon upu lagi kalau dah habis foundation nanti. saya dalam dilema ni, takut UIA langsung tak dapat nanti! or.. MISAL nya saya dapat masuk asasi tesl uitm tu nanti, boleh tak saya mohon UIA untuk program degree nanti? please, kak. I need explanation.

    ReplyDelete
  27. waalaikumsalam adik, , upu ni hanya akan dpat 1 pilihan je, tak kire la u mane pun adik mintak, ttap akan dpt , , sbb tu kna ltak choice tu btol2. .
    boleh je adk mohon untuk masuk degree uia nnti, chance untuk dapat tu akak kurang pasti, tp insyaa Allah ade rezeki dpt laa :)

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum kak. Saya dpt 9A 1B+ dlm spm..nk sgt amik medic kt uia tp B+ tu fizik.. Huhu :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, maaf tp kputsan adik tak capai minimum,, tp xpe, kalau ade rezeki, di mane2 pn boleh smbung medic :)

      Delete
  29. Assalamualaikum kak sya nk tnya..kalo sya dpt twrn matrikulasi maknanya saya x dpt upu ke? Harap dibalas trimakasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, kalau dpt twaran matrik pun akn still dpt upu lg insyaa Allah sbb matrik ni lain dari upu.
      tai kebanyakan orang akan dapat matrik, :)

      Delete
  30. Assalamualaikum akak, saya pemohon allied science nak tanya kalau sambung degree kat uia, ada interview ke?

    ReplyDelete
  31. waalaikumslm ,ade tp iv tu hny untuk tgk kita minat tak ng kos tu..
    untk msuk asasi xde iv.

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum akak,asai farmasi ade 1 tahun / 1 tahun setengah tak???

    ReplyDelete
  33. waalaikumsalam, maaf dik xde, hny ad 1 thun / 2 thun shj

    ReplyDelete
  34. Asmkum kak. Sy dpt sains kesihatan bersekutu tp nk sgt3 dpt medik ni. Akak rsa sy ada pluang x kalau nk tukar ke course medic bila sy cpai pointer yg tggi2 nnt? Tgh frust dan sedih ni sbb xdpt apa yg sy minat kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumslm dik, insyaa Allah, try msuk dulu, kalau untug dpt tukar mase taaruf week lg, tp kene alert dgn announcement laa.
      insyaa Allah kalau akhir sem adik dapat pointer tggi pn boleh tukar sbb subjek untuk allied same je ng medic.
      n kalau dh hbis asasi nnti ade interview sbelum msuk degree, mase tu adik bleh pilih nk g interview ape, medic ke, pharmcy ke, dentist ke, nk g semua interview pn boleh. :)

      Delete
    2. Terima kasih kak :) tp akak,sy keliru plak skrg ni. Sy dpt skb tu kan,bila check bntuan kwgn asasi ipta dr kpm sy dpt medic plak. Knpa blh jd mcm ni???

      Delete
    3. Xpelah akak..kpm yg buat silap.. Apa pun trima kseh ye kak :)

      Delete
  35. Akak , allied science pon kat gambang eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni , allied health science masih di PJ :)

      Delete
  36. Salam akak. saya dpt asasi sains hayat. boleh.x.nak tukar ke.medik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, insyaa Allah boleh dik, dtg jer dulu :)

      Delete
  37. Assalam. kak, saya dapat asasi sains hayat. Saya masih blur2 lagi pasal sains hayat ni. memang kalau saya amek sains hayat cuma ada dua pilihan course je ke untuk degree?biotech n biomedic? boleh tak kalau degree nanti nak pilih course selain dari dua tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, ,insyaa Allaah boleh sbb nnti mase nk masuk degree akn ade intervew, mase tu adik2 diberi borng untuk pilih kos ape adik nk wat degree :)

      Delete
  38. Assalamualaikum. Saya dapat tawaran medic di UIA. Nak tanya beberapa persoalan yg sedang bermain di minda?
    1.Kalau satu bilik/dorm, kena kongsi dengan berapa orang (mengikut pengalaman akak)
    2. Bilik kita pilih sendiri ke atau telah ditentukan?
    3. Pakaian harian semasa belajar asasi nanti baju casual atau ada dress-code?
    4.Kalau belajar medic, kita ada buku rujukan sendiri atau kena take note dari lecturer?

    Setakat itu je, maaf mengganggu kakak. Jumpa di gambang 8 jun ni...inshaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumslm, 1 bilik 4 org, bilik ditentukan, pakaian ade dresscode, ade buku rujukan untuk subjek2 :)

      Delete
  39. Tumpang lalu ye bakal2 doktor.. jika ada famili dari jauh yg menghantar dan ingin bermalam, akak ada homestay yang berhampiran di Taman Gambang Damai.. (di sini memang byk hstay) boleh hubungi Husna Guest House 012-2648843. Tapi tarikh 8 Jun ni, dah penuh.. Terima kasih tuan blog..

    ReplyDelete
  40. Slm akak. May god bless u .Akak. klau result 4a dlm kos irk buleh ke. Brdsarkn syrt klykn sy boleh. ..ade hrpn ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumslm, wallahuaklam dik, akak krg tahu, maaf :)

      Delete
  41. spm2014candidate5 July 2014 at 02:51

    Assalamualaikum, Kak, kalau asasi sains hayat tu boleh sambung degree utk bio-tech je ke ? Kalau nak jadi cikgu bio ke ? And asasi ni utk bumiputera saja ke ? Kalau warganegara ? Sbb saya lahir sini tp parents bukan org sini and saya naaaaak sgt masuk uia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumslm,, yup, biotech je rasenye, tak pasti bio medic boleh ke x.. klu pasal pkerjaan slpas graduate tu x tau la boleh jd cikgu ke x, , sbb degree tu degree biotech, bkn degree pengajaran atau ape2,, untuk bumiputera je stakat ni. . klu bk bumiptra boleh masuk scara prsendrian tp x dpt la biasiswa kpm tu. . untuk masuk scra persndrian, boleh trus contact uia sndri.

      Delete
  42. Assalamualeykum,

    Can I just ask, what do IIUM needs for medicine course if you're applying with A-level? What about English requirement and scholarship? Do you know?

    Thank you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikmslm, i'm sorry didn't know about degree, i only know about foundation, sorry.

      Delete
  43. assalam kak, nak tanya kalau dapat 9A 2B, english saya B+. so ade chances ke nak dapat asasi perubatan di uia?

    ReplyDelete
  44. Wasalam, boleh tgk new requirement untuk masuk medic di facebook CFS IIUM Gambang. tapi biase nye , dy akan tgk bilangan A+, bukan bilangan A :)

    ReplyDelete
  45. assalamualaikum akak...saya nk tny..klau kita dh habis asasi di um,bleh ka kita nk smbung degree dkat uiam?dn ada temuduga ka utk plajar luar dn dri uiam sndiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, boleh, tpi kena isi mlalui upu, x pasti ade interview atau tak

      Delete
  46. assalamualaikum, kalau kita dapat asasi hayat memang tak boleh amik medic ke walaupun pointer kita tinggi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, x boleh, mlainkan kena tukar kos sblum msuk degree, tukar kos mase cfs. .

      Delete
  47. assalamualaikum kak , ni adik nak tanya pasal syarat utk sains fizikal . kan syaratnya 2B dan 1 C+ untuk matematik tambahan , kimia dan fizik kan? kalau adik dapat A+ untuk matematik tambahan , tapi C untuk fizik dan kimia , rasanya adik boleh dapat ke?

    ReplyDelete
  48. assalamualaikum kak..sy dpt asasi sains hayat di uia..tapi sy x ada basic arab..sy nk tnya spnjng asasi kna bljr arab ke?klau x lulus exam ganggu pointer x??klau sy nk tukar ambil kos medic sure dapat x?kalau habis asasi saya masih kena belajar arab ke waktu degree??harap kak boleh bantu sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaros Haida: Wsalam, tahniah! untuk arab bg kos bioscience kna ambik sampai level 2 je, mksudnye maksimum kna ambik 2 sem mlainkan awk failed n kna repeat. tpi jrg y fail sbb sng sgt2. hehe. n untuk subjek arab x dikire dlm pointer, asal lulus je. klu nk tukar masuk medic tu , pointer kna lpas 3.5 n tgk pda kuota , klu still ade tmpat kosong, boleh je, insyaAllah, tapi y tu boleh usaha untuk bincg ng head department. . tak perlu blajar dah arab untuk degree. . hrap membantu :)

      Delete
  49. Assalam akak kalau kita belajar asasi sc fizikal kan, lepas sem 1 nak tukar kos lain, so yg sem sebelum tu buang mcm tu je ke atau sambung dgn kos yg baru tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, kos ape y awk nk tukar tu? klu kos tu same module mcm phy science contohnya engine, awk x perlu ambik dah subjek y awk dah ambik mase sem 1 tu, , tapi klu kos y awk nk tukar tu mmg lain dari phy science, kire sem 1 awk tu burn lah , awk kna blajar subjek untuk kos baru tu pulak untuk next sem tapi dy x kan tambah tempoh asasi. cume jadual jdi pack sikit lah.

      Delete
  50. salam akak.... alhamdulillah i got physical sc uiam, agak2 boleh ke nk tukar dentistry?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, insyaAllah boleh kalau application untuk tukar kos dibuka.
      tapi kna make sure pointer lebih dari 3.5 . . :)

      Delete
  51. Salam akak,saya baru dapat tawaran dalam asasi law.tapi saya nak sangat sangat tukar course ke econs.adakah boleh tukar waktu taaruf/kena lepas 1 sem jugak?

    ReplyDelete
  52. wsalam, maaf ,y tu akak x boleh nk jwb sbb y tu bergantung pd admin, kalau tahun y bertuah mcm thun akak, kiteorg dpt tukar mase taaruf week, kalau tahun lpas x boleh, tahun ni wallahuaklam.

    ReplyDelete
  53. Assalamualaikum akak,boleh tak asasi sains fizikal pursue dlm ijzh kejuruteraan?thanks:)

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum akak, klau pelajar aliran sains mmg x boleh apply untk kos sastera ke? Klau nk tukar kos mcm mna pula? Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jumpe dengan academic advisor untuk kos adik. :)

      Delete
  55. Slm...akak..sye dpt twrn enginerring n computer science di uiam...tp sye nk sgt smbg dlm bdg farmasi..perlu ke saya tukar ke allied health untuk ke farmasi atau cuba mendapatkan pointer tinggi dalam bidang engineering untuk ke farmasi...sye rse bmbg sgt..sbb sye tk mnat engine..saya lebih ke arah farmasi..mhon pencerahan akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, klu boleh tukar ke kos biological programme trus, nnti interview mintak nk msuk farmasi.

      Delete
  56. As salam dik. Very informative & interesting input shared by you..Thanks very much. I would like to know more about asasi ENCOM. after foundation, degree in what to proceed? Tesl boleh tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade TESL under bachelor of education. selebihnya sy x pasti, maaf ..

      Delete
  57. Salam kak..I would like to know more about ENCOM..bukan ke ENCOM pre university?

    ReplyDelete
    Replies
    1. encom ni kos untuk foundation, maaf akak x boleh explain lbih sbb akak x de info sgt psal arts programme.

      Delete
  58. Assalamualaikum. Akak, foundation encom dkt pj or gombak? Terima kasih

    ReplyDelete
  59. Salam sis.. saya nak tnya result spm akak dulu berapa ek. Saya berminat nk apply medic tpi melihatkan keputusan exam saya membuatkan saya rasa was was utk ambik medic.. jdi kalau akak bgi rsult spm utk saya buat contoh rujukan saya boleh tahu result saya boleh ke arah medic atau x.. btw saya batch spm 2015.. saya dahulukan dgn ucapan terima kasih :)

    ReplyDelete
  60. Salam sis.. saya nak tnya result spm akak dulu berapa ek. Saya berminat nk apply medic tpi melihatkan keputusan exam saya membuatkan saya rasa was was utk ambik medic.. jdi kalau akak bgi rsult spm utk saya buat contoh rujukan saya boleh tahu result saya boleh ke arah medic atau x.. btw saya batch spm 2015.. saya dahulukan dgn ucapan terima kasih :)

    ReplyDelete
  61. Salam akak.. Saya lulusan SPM 2013 ada gce o level nak mohon sains hayat third intake di cfs iium.. Boleh ke saya diterima masuk? Kalau dapat pointer tinggi2 nanti, bolehtukar medic x?

    ReplyDelete
  62. Assalamualaikum sister.. sy sekarang sem 1 kat pj.. sy lemah sangat subjek fizik.. sy baru hbes final fizik smlm.. contohlah kalau sy ada fail and tu membuatkan pointer sy sikit, adakah sy akan dibuang dri cfs 😢? And kalau kena repeat, kena masuk short sem or tambah subjek? Tolong reply ye sister.. thank you.. syukran. nuryanaqaisara@gmail.com

    ReplyDelete
  63. Salam akak. Lepasan cfs boleh x sambung degree kt tmpat lain? Bukan uia? Terima kasih

    ReplyDelete
  64. Salam kak..nak tanya ..berapa subjek yg kena ambik time buat asasi encom?

    ReplyDelete
  65. Assalamualaikum akak , bagi tahun ni (2016) pun masih boleh tukar kos ye?

    ReplyDelete
  66. Sis saya Nak mintak asasi bi..tapi subjek bio ngan +Mt sya dpt E..agak2 dpt tak

    ReplyDelete
  67. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  68. salam..akak..sye n kawan2 saya confuse...klo mohon asasi perubatan uia adakah dijamin msok degree medic gak...or still kene compete...n apa je sbjek2 kene bljr mse asasi saisn perubatan?mohon jase baik akak :)

    ReplyDelete
  69. salam akak nk tnya saya spm dpt 9a dn saya ingt nk ambik asasi perubatan kt uia , nk tnya sebelum masuk ni nnti ada temuduga ke? pastu nnti ada belajar bahasa arab ye? sbb saya risau , saya mmng bukan budak arab. Lagi satu kt sana mmng pakai full english masa belajar ye ?

    ReplyDelete
  70. assalam sis. sya lpasan spm 2016 and sya dpat 10 A's for spm. sya dpat 7A+ and biology subject is among them.. klau sya apply for asasi in medic ni agak2 chance utk dpat tu tinggi x? sya student skolah harian biasa je and sya apply dkat uia utk kbnyakan courses.. kiranya klau dpat course lain like dentistry tu sya bleh pursue medic lah if pointer sya tinggi? n sya kna hbiskan asasi in dentistry dlu lah?

    ReplyDelete
  71. asssalamualaikum sis, saya nak tanya kalau asasi sains fizikal, boleh sambung degree computer science x?

    ReplyDelete
  72. If got Asasi medic UIA then can I say admission to mec. Faculty UIA is confirm ?

    ReplyDelete
  73. Got offer from Asasi Upm . May also get offer from Asasi medic UIA . Which one is better ? Asasi UPM Vs Asasi UIA?

    ReplyDelete
  74. Assalammualaikum.saya pelajar spm2016. Result 2A+ 8A 1A-
    saya dapat tawaran asasi sains hayat uia tetapi setelah membaca entry diatas saya difahamkan saya tidak akan meneruskan degree dlm bidang perubatan. Adakah memang tiada peluang langsung untuk meneruskan bidang perubatan di uia? Jika ya apa yang perlu saya lakukan dan jika tidak apa alternatif lain untuk saya lanjutkan prlajaran dalam bidang perubatan

    ReplyDelete
  75. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  76. Assalamualaikum wbt, saya dapat tawaran asasi kejuruteraan dan sains komputer di uiam. result 5A+ 3A 1A- 1B+. B+ saya addmath. Pada pendapat kak, ada peluang tak untuk tukar masuk asasi pharmacy waktu taaruf week walaupun B+ addmath? or addmath ni core subject ka untuk pharmacy? Mohon penjelasan kak ya. Thankyou :)

    ReplyDelete
  77. Assalamualaikum kak. Saya telah Berjaya menerima tawaran daripada UIA untuk menyambung pelajaran dalam asasi sains hayat. Keputusan SPM saya 7A+ 2A. Walau bagaimanapun, saya nak sambung medic. Ada peluang tak saya nak tukar asasi sains hayat kepada asasi perubatan semasa taaruf week? Boleh juga kongsikan proses untuk penukaran asasi? Terima Kasih kak :D

    ReplyDelete
  78. assalamualaikum akak , maaf bertanya dan harap di balas heheheh , Result spm sy 5A2B1C aliran seni dan perdagangan . boleh tak sy nak course AED n design . Uia ? hope reply , :) :) ;

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep..boleh je yg pnting sanggup jadi panda ( x ckup tido)...huhu

      Delete
  79. Assalam akak nk tanya.. contoh kalau asasi kat uia, tp bila degree nk ke uni lain bole? Cth mcm UM.. dkat sikit

    ReplyDelete
  80. Salam Akak. Kalau foundation in Biological Science in UIA , boleh ke pursue degree in Bio Medic di UIA ?

    ReplyDelete
  81. salam akak. saya nak tanya sikit,,saya student asasi sains hayat. lepas dah habis asasi memang langsung takde peluang untuk tukar ke critical course ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  82. Akak,, sye baru dpt tawaran untk asasi kt uia.. Sye mintk asasi bi tpi dpt asasi ilmu wahyu.. Macamana kalau sye nk tukar kos bole tak nanti?? Sebb syarat2 die semua sye cukup.. Bi sye dpt A.. Macam mane akak,, agak2 bole tukar tak kos nanti?? Sbb sye memang minat bi

    ReplyDelete
  83. Assalamualaikum kak. How's the schedule in uia? Saya dapat course allied health science

    ReplyDelete
  84. Aslmlkm kak...kalau foundation allied health science kat uiam mane? Gambang ke?

    ReplyDelete
  85. Salam kak. Sains fizikal dekat pj ka? Tq

    ReplyDelete
  86. Assalam kak nk tnye laa, ape step utk jdi doktor pakar? Means kne amik phd ke, kne amik matrik dulu ke,hrp akak dpt tergkn stu2 step, tq

    ReplyDelete
  87. Assalam akak... Kalau dpt asasi nursing boleh ke degree amik dlm bidang allied science contohnye x ray dan lain lain??

    ReplyDelete
  88. Assalamualaikum akak saya dapat asasi perubatan tapi kalau boleh saya nak tukar farmasi masa degree jikalau saya x minat medik. Boleh ke saya buat macam tu ?

    ReplyDelete
  89. Aslm kak budak pure scn mmg x boleh Ke ambil course human scn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. knp tak boleh plk? if result spm memenuhi kredit kos tu boleh je. sori tlg jawabkan je.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  90. Assalamualaikum akk, saye nk tanye..klau nnti smbung degree biomedic/ biotech, career derang mcm mane ye? More on to ap?

    Thanks akk fo4 helping us

    ReplyDelete
  91. Assalamualaikum. Saya nk tanya, tudung untuk kelas dan lain-lain boleh pakai shawl? Wajib tudung bawal / sarung?

    ReplyDelete
  92. Saya nak tanya saya dapat asasi sains hayat tapi saya berminat ke farmasi.. Jadi kena tuka course siap2 ke ataupon waktu degree berpeluang nak sambung pharmacy

    ReplyDelete
  93. Assalam kak nak tnye ni . Sy dulu asasi allhs 2 tahun time 2014-2016. Pastu habis asasi sy dpt tawaran kkm nursing utk 3 tahun. Sy nak tnye bole ke kita smbg bljr degree dkt uia lepas 3 tahun guna result asasi tu lg ye?

    ReplyDelete
  94. Assalamualaikum. Selepas tamat Asasi B.Inggeris (TESL) di UIAM. Bagaimana cara utk mohon ISMP TESL di UPSI?.

    ReplyDelete
  95. assalamualaikum kak. nak tanya, if asasi ambil di uiam boleh ke sambung degree di ipt lain?

    ReplyDelete
  96. Assalamualaikum kak nak tnya kalau bi kita c tapi nak mohon untk human sains kena lalui beberapa ujian dulu ke untuk masuk.. Saya lepasan spm

    ReplyDelete