Followers

Sunday 26 January 2014

Refeksi Diri: Cukup Islamkah Aku?

Assalamualaikum,
syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ini masih lagi diberi peluang untuk bertaubat :)
Alhamdulillah.

Hari ini ayuh kita samaa-sama refleksi diri, menilai apakah cukup Islam diri kita.
Hmm. Macam mana tu yer? Macam ni kawan-kawan, ana berikan satu situasi.
Situasinya:
Anda tengah berjalan-jalan di shopping mall, tiba- tiba anda di datangi oleh seorang non-muslim. Lalu dia menegur anda dan bertanya, 'are you a Muslim?' . Apakah anda akan jawab? sudah tentu 'Yes, I am a Muslim' kan?. Lalu bagaimana pula jika dia bertanya , 'What is Islam?' . ....................
Apa yang anda akan jawab? Adakah anda akan menjawab Islam itu satu agama?
Adakah Islam itu cuma 1 agama di mata anda?
jika itu jawapan yang terpacul dari kotak fikiran anda, cuba anda nilai kembali, bukan kah Kristian, Buddha juga adalah 1 agama?
Apakah sama Islam dan agama- agama yang lain?

Ana sendiri apabila pertama kali di aju soalan ini, ana terdiam...... tak mampu menjawab..... tiba-tiba ana merasa, 'cukup Islamkah aku?'
Yer betul, cukup Islam kah kita jika sudah bertudung,
 sudah solat,
 sudah khatam Al-Quran,
 sudah sering ke masjid tapi masih tak tahu apa makna Islam itu sendiri?
Cuba refleksi diri anda dan jawab soalan itu, sudah cukupkah dengan itu?
Tiba-tiba teringat kata-kata Kamal Saleh , katanya 'Shame on you'. Erkk~

*(Kamal Saleh ialah seorang vlogger yang sentiasa post video yang membuka mata di Youtube. Kalau nak tengok, cuba lah taip 'Talk Islam' )

Jadi, disini ana ingin menjelaskan maksud Islam itu sendiri.
Pengertian Islam:
Perkataan Islam berasal dari bahasa arab ertinya sejahtera , aman, harmoni dan dirujuk dari istilah memberi makna menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan mentauhidkannya dengan penuh kenyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya .

Maksud Islam ialah , Agama ciptaan Allah yang lengkap lagi sempurna dengan segala peaturan dan undang-undang yang merangkumi penyususnan kehidupan manusia , baik yang mengenai orang perseorangan , kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan sekaligus menghubungkan manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam sejagat bagi menjamin kesejahteraan , keselamatan , kesempurnaan dan kebahgiaan di dunia dan akhirat .

sumber:http://azharjin.blogspot.com/2009/04/pengertian-dan-maksud-islam.html

Cuba baca ayat yang ana bold kan tu, 'melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya'. 

Jadi adakah cukup Islam kita jika kita tidak melaksanakan segala suruhan Allah?

Apakah pula suruhan Allah itu? 
ingat tak time darjah 1 dulu cikgu ada ajar Rukun Islam? Ha, kalau tak ingat, biar ana ingatkan :)

Rukun Iman: 

 Jadi, jika kita sudah melaksanakan segala rukun Islam itu, maka Islam lah kita (kecuali no 5 sebab optional). 

Tapi, harus di ingat, ISLAM TAK BERMAKSUD BERIMAN.
Dan harus juga di ingat, yang masuk syurga bukan yang Islam, tapi yang Islam serta BERIMAN. :)

Bagaimana pula nak jadi yang beriman, kena lah mencukupkan Rukun Iman tu. Yang bab rukun Iman ni susah sikit. 
kerana Rukun Iman ni ada maksud tersirat.
Pertama:
Beriman dengan Allah SWT. Bagaimana kah yang di maksud kan dengan beriman pada Allah SWT ni? adakah cukup dengan percaya Allah itu wujud? atau apakah cukup dengan hanya menghafal Asma ul Husna ( 99 Nama Allah)? atau mungkin juga apakah cukup dengan hanya mengingati Allah saat susah? 
Ya Allah, dekatkan aku dengan Mu ya Rabbi. 

Jawapannya dah ade dalam Al-quran ye anak- anak semua, cuba belek (Surat al-Ikhlas, ayat: 1 hingga 4):

“Katakanlah, ‘Dialah Allah SWT, Yang Maha Esa. Allah SWT adalah Tuhan yang tidak bergantung kepada-Nya segala sesuatu, Dia tidak dilahirkan dan tidak pula melahirkan; Tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”

“Maka janganlah kamu mengadakan sekutu bagi Allah SWT, padahal kamu semua mengetahui bahawa Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Esa.”

(Surah al-Baqarah, ayat: 22)

“Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Dia, yang kekal hidup dan mentadbir semua makhluk-Nya.” 
(Surah al-Baqarah, ayat: 255)

Namun, terdapat 1 ayat yang cukup menggetarkan hati ana,

Allah Ta’ala berfirman, Katakanlah, jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petujuk kepada orang-orang yang fasik. (At-Taubah [9]: 24)

Ya Allah, ini lah yang hambamu khawatirkan,
aku takut ya Allah jika aku lebih mencintai keluargaku,harta kekayaanku, sahabatku, rumah-rumah tempat tinggal ku lebih dari aku mencintaiMu Ya Allah.
Jangan lah engkau golongkan aku dalam kalangan orang yang fasik. Nauzubillahi min zalik. :(

kedua: 
Ana ingin sentuh tentang beriman pada kitab kitab suci terutama Al-Quran.

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah
bersabda: “Melihat pada tiga perkara
adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa,
melihat al-Quran dan melihat lautan.” -
(Riwayat Abu Nuaim)


Subhanallah, pandang je dapat pahala. Betapa Allah nak bagi pahala kat kita senang2. 
Tapi bukankah lebih baik jika kita membaca nya?
jika Al-quran itu kita tinggalkan,
maka apakah cukup beriman kita?
jika al-quran itu kita lupakan,
jangan merayu jika kita tidak mendapat syafaatnya di akhirat.
Allahu :(

Al-quran itu satu peringatan, bukanlah satu permainan yang boleh dibaca saat sedih dilupa saat gembira,
Al-quran itu penuh dengan keindahan kerana ia merupakan firman dari Allah.

Muhammad SAW cannot write or read, because He wants someone who can write or read to start reading it(Al-Quran)
Ana nak kongsi satu pengalaman ana time 'dulu-dulu'.
Masa tu Taaruf Week (dekat cfs iium pj), untuk students uia, diorang kene menjalani exam Tent, iaitu Tilawah.
Examnya ialah student akan diberi 1 page from quran dan baca depan Ustaz/Ustazah.

Ana pada masa tu dah tinggalkan Quran beberapa tahun, memang lama sangat tak baca AL-quran.
Masa exam tu,ana try baca Ayat yang diberi Ustaz, tapi tak boleh.
Ana membaca dengan mengeja satu persatu.
pipi mula merah kerana malu,
selesai sahaja ana baca, ustaz tu tanya ana, 'asal mane sister?'
ana jawab,'kelantan'
then ustaz tu cakap,'biasanya orang cakap students kelantan ni hebat-hebat sume, tapi tak pun, huh, tadi pun orang kelantan jugak, tapi baca merangkak-rangkak jugak'
Ya Allah, masa tu rasa sangat marah.
Marah kerana diherdik sebegitu,
tapi bila difikirkan, ada betulnya.
Islamkah jika baca Al-quran pun tak reti?

Namun, hari ini, bila ana teringat kembali peristiwa itu, ana bukan lagi marah, tapi merasa sedih kerana memang betul apa yang dikata ustaz itu.
"Islam hanya pada nama"
Allahu Rabbi.

Jadi, nasihat ana. Bacalah Al-quran. Al-quran bukan diturunkan tanpa sebab, tapi untuk kita baca. Bacalah sebelum terlambat, bacalah sebelum Al-Quran ditarik ke langit oleh Allah. Takut nanti pada waktu, sudah terlambat untuk bermula. :(

"Quran is for YOURSELF, not YOUR SHELF"


3 comments: