Followers

Wednesday 26 February 2014

A man called Julaibib :)

Assalamualaikum,
Alhamdulillah hari ini Allah masih memberikan kita peluang untuk bertaubat. Kata my lecturer :
if you fail Test 1, there is always Test 2
same hal nya dalam kehidupan, sekali kita lepaskan peluang pertama, masih ada peluan kedua. Namun, sampai bila kita mahu bertangguh dalam bertaubat? kerana peluang kedua sentiasa ada, tapi mungkin kita yang tidak sempat merasai peluang kedua itu. :')

Masih ana ingat, beberapa bulan lepas, ana menghadiri 1 program. Dalam satu slot program tersebut, setiap peserta harus memikirkan seorang sahabat Rasulullah SAW yang ingin ditemui berserta sebab ingin menemuinya .
Maka , ramailah yang menjawab Saidina Umar, Saidina Abu Bakar, Saidatina A'isyah dan ramai lagi. Malah ada yang menjawab  ingin bertemu Nabi Yusof walaupun Nabi yusof bukanlah sahabat Rasulullah, tapi juga seorang Nabi,( para anbia' ), dan sebabnya sudah tentulah ingin melihat ketampanan Nabi Yusof yang diceritakan mampu membuat pain receptor seorang perempuan tidak berfungsi seketika. hee.

Namun, di sebalik semua itu, ana pula tidak tahu ingin menjawab ingin berjumpa siapa.Tapi, kemudian ana teringatkan seorang sahabat Rasulullah yang tidak di ingati orang lain malah mungkin tidak dikenali, iaitu seorang lelaki bernama Julaibib. :)

Ana pasti ramai yang tidak kenal siapa Julaibib, kerana Julaibib sering dilupakan.
Jika disebut lelaki hitam yang pertama memeluk Islam, pasti ramai yang menjawab Bilal Bin Rabah. Ya benar, tapi anda lupa bahawa Julaibibb juga antara lelaki hitam pertama memeluk Islam.

Bilal Bin Rabah ini dikenali sebagai seorang sahabat yang mempunyai raut wajah yang sangat tidak cantik dipandang, malah dikatakan sangat hitam kulitnya.

Tapi tahukah anda, ada disebut dalam riwayat bahawa Julaibib jika berdiri di sebelah Bilal Bin Rabah, maka Bilal Bin Rabah akan terlihat lebih kacak serta putih.

Jadi, mampukah anda membayangkan betapa buruknya rupa Julaibib? kerana inilah beliau sering dilupakan. Kerana manusia memandang pada rupa, bukan pada iman dan taqwa.

Kerana inilah ana merasakan menjadi tanggungjawab ana untuk menceritakan siapakah lelaki yang bernama Julaibib ini.

Bismillah.

Julaibib lahir tanpa dirinya mengetahui nasab keturunannya. Ya. Dirinya tiada mengenal siapa itu ibu dan siapa itu ayahnya. Tetangganya juga sama, tidak mengentahui dari masa asalnya. Julaibib itu, jika diceritakan tentang fizikalnya sahaja sudah cukup untuk membuatkan otot muka kita berkerut.



Dia lelaki pendek. Kerdil. Kulitnya hitam legam. Mukanya hodoh. Dirinya miskin. Bahkan hidupnya, sebatang kara.



Dia terpinggir dari masyarakat. Hadirnya, atau tiadanya, tiada apa-apa bagi masyarakat. Hanya Rasulallah S.A.W sahaja yang mengambil berat tentang lelaki kerdil ini.



Pun dirinya punya kekurangan yang seribu, tetap dia akan menjadi antara yang terpaling hadapan dalam saf peperangan. Bukan hanya itu, Julaibib juga tidak rela dirinya ketinggalan daripada berada di saf pertama untuk solat fardu, disetiap kalinya.



Saat semua orang membencinya, dia masih tersenyum kerana di sana, ada seorang lelaki yang kasih padanya. Ah. Beruntunglah Julaibib, kerana sungguh Rasulallah amat mencintai lelaki kerdil ini.



Satu ketika, Rasulallah memanggil Julaibib. "Wahai sahabat yang aku cinta. Mahukah dirimu bernikah?"



Julaibib tersenyum manis. Wajah gelapnya tampak jernih. Dengan redha, dia menjawab, "Wahai Rasulallah, apakah ada orang yang mahu menikahkan puterinya dengan daku?"



Jawapannya ikhlas. Dirinya redha, tanpa sekelumit kesal dan merajuk pada Ilahi yang menciptakannya begitu.



Rasulallah S.A.W mengulangi pertanyaan. "Wahai Julaibib. Inginkah kamu untuk bernikah?"



Masih dengan senyuman yang mekar dalam keimanan dan penyerahan diri pada Allah, Julaibib menjawab ikhlas, "Ya Rasulallah... adakah ada orang yang mahu menikahkan puterinya dengan aku?"



Lalu, Rasulallah membawa Julaibib bertemu dengan seorang sahabat Ansar.



"Wahai sahabat, aku mahu meminang puterimu"



Maka, berseri-seri wajah lelaki ansar tadi. Dirinya menyangka bahawa Rasulallah berhajat mahu memperisterikan anak gadisnya. Cuma, gembiranya dan serinya itu bertukar malap serta merta saat terhujah di telinganya bahawa pinangan itu bukan untuk Rasulallah, tetapi untuk Julaibib!



"Julaibib? Aduh. Izinkan aku berbincang dahulu bersama isteriku kerana ia sebuah urusan yang sangat besar", pinta lelaki tadi dengan wajah yang bertukar kelat tiba-tiba.



Saat perkara itu sampai kepada isterinya, wanita itu tekad. "Julaibib? Ah! Tidak! Demi Allah! Sesekali tidak akan kita kahwinkan anak kita dengan Julaibib!"



Naluri si ibu memang begitu. Mereka mahu yang terbaik buat anak mereka. Memang dari pertimbangan akal, sekiranya yang dinikahi itu ialah Julaibib, maka dari celah mana adanya bahagia? Julaibib kerdil, hodoh, miskin, tiada keluarga... dan sejuta macam kekurangan dan kelemahan.



Sedang si ibu berkeras tidak mahu mengizinkan, si ayah cuba memujuk kerana mungkin, dirinya malu untuk menghampakan Rasulallah. Perbincangan itu terdengar oleh anak gadis itu.



Gadis itu bertanya, "Daripada siapakah lamaran ini?"



Lalu diberitahu kepadanya. "Daripada Rasulallah s.a.w tetapi kepada Julaibib"



Subhanallah...



Dengan lembut dan hati yang bulat mengharap cinta Allah, gadis solehah itu memujuk, "Ketahuilah ibu, sekiranya ia adalah permintaan daripada Rasulallah, maka pasti tidak akan ada satu mudharat pun yang akan menimpa diriku. Kahwinkanlah aku dengan Julaibib..."



Kisah Julaibib yang istimewa tidak berhenti disini.



Julaibib, tidak lama selepas bernikah, sampai seruan untuk jihad. Masih menjadi pengantin baru, Julaibib telahpun sedia menyandang senjatanya. Seruan jihad benar-benar membakar jiwa juangnya.



Di medan perang, Julaibib terbunuh. Dia syahid.



Akhir pertempuran, jasad-jasad yang terkulai di medan perang akan dikumpulkan. Jasad para syuhada' juga dikumpulkan di suatu tempat. Suanana menjadi sangat sayu.



Tiba-tiba, Rasulallah bertanya, "Adakah kalian kehilangan seseorang?"



Para sahabat segera menjawab, "InsyaAllah tiada, ya Rasulalallah"



Sekali lagi, Baginda bertanya, "Adakah kalian telah kehilangan seseorang?"



Kali ini para sahabat tidak terus menjawab. Mereka mula merasa ragu-ragu.



Lalu Rasulallah S.A.W berkata, "Sungguh, aku telah kehilangan Julaibib..."



Subhanallah... Saya hampir menitiskan air mata saat mendengar kata-kata yang keluar dari bibir mulia Baginda Rasul ini.



Rasulallah kemudiannya menyambung, "Sesungguhnya Julaibib ialah sebahagian daripada diriku dan diriku ialah bahagian darripada dirinya"



Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!



Mulianya si hodoh itu... Beruntungnya si miskin itu... Bahagianya si kerdil itu...



Itulah Julaibib... Dirinya tidak terkenal di bumi, tetapi namanya disebut-sebut oleh penduduk langit...

Wallahua'lam bissowab :')

Moga diri ini berjumpa mu wahai Julaibib suatu hari nanti.

2 comments: