Followers

Tuesday 26 November 2013

NIQAB : Sehelai Kain Itu.



Assalamualaikum,
hari ini tiba-tiba power breakdown dekat UIA, alhamdulillah kerana segala report lab telah pun ana siapkan. Nasib baik :)
Maka ana pun mengambil keputusan untuk ke library and mengupdate post di blog ini.
sesungguhnya ini adalah takdir Allah. Subhanallah!

Malam ini ana memilih untuk menulis tentang diri ana dan Niqab.
Menyebut niqab sahaja mata ana mula bergenang,
teringatkan segala perkara yang telah ana lalui bersama sehelai kain ini :')
Oh my pretty pretty Niqab I love you (menyanyi dengan irama) :D

straight to the point, tarikh keramat 21.07.13 menjadi tarikh yang menyaksikan wajahku mula dihijab dari pandangan lelaki lelaki ajnabi.

sebelum itu, playback kembali beberapa tahun sebelum itu, ana pada waktu itu berumur 16 tahun,  pada waktu itu, aku mula merasakan cebisan cebisan hidayah menapak dalam diri ana. Bermulanya setelah tiba tiba, ana merasakan diri ana adalah seorang wanita yang tidak berharga.
"Aku ni aurat pun tak tutup, tudung pun macam chipsmore, kejap ade kejap tak de. Dah macam macam perkara memalukan jadi pada aku hanya sebab aku tak tutup aurat. Tapi bila laki cakap aku ni tak berharga, mula rasa nak marah, sedangkan benda tu betul. Sampai bila aku nak macam ni?"
hanya Allah yang tahu pada waktu itu sampai bila ana begitu.
Namun segala angin perubahan yang berperang dalam diri ana, hanya ana yang rasakan, dan hanya Allah yang tahu.
Bermulanya disitu, ana mula menggantikan jeans kepada skirt. Alhamdulillah.
Pada waktu itu, ana tidak tahu dimana harus ana mulakan untuk berubah, maka dengan itu, ana biarkan saja perasaan itu disitu tanpa terusik.
Apabila menjejakkan kaki ke form 5, pengetua sekolah ana menetapkan semua pelajar perempuan hendaklah bertudung labuh. saat itu, ana mula memberontak, ana memberikan alasan demi alasan untuk tidak bertudung labuh.
Namun, sehinggalah pada suatu hari, terdetik di hati ana untuk redha dengan tudung labuh itu.
Tetapi sekarang, ana merasakan itu adalah peluang yang telah Allah anugerahkan pada ana untuk mencorak perubahan dalam diri ana.
Bermula la saat itu terjalinnya hubungan ana dengan tudung labuh, namun hanya pada waktu persekolahan, di luar waktu persekolahan, ana masih yang sama.
Memandangkan pada tahun itu ana akan mengambil SPM, maka ana cuba mendekatkan diri pada Allah, pada mulanya dengan niat 'untuk exam' , tetapi lama kelamaan hati ana mula jatuh cinta pada Allah.
Ana mula membuka kembali Al-Quran yang telah lama ana biarkan berhabuk. Tatkala ana cuba membaca, ana merasa sedih, kecewa dan tidak berguna. Kerana apa? Kerana ana yang dulu nya fasih membaca Al Quran, tetapi hari itu ana tidak mampu membacanya dengan fasih, hanya mampu membaca dengan mengeja.
'Ya Allah, aku telah dimurkai oleh kitabMU'
Bermulanya saat itu ana mula membaca Al Quran setiap hari Jumaat. Itupun ana hanya membaca Surah Yasin.
Waktu itu ana juga mula mengamalkan solat sunat hajat, untuk memohon pada Allah.
Masih ana ingat, pada tahun itu juga, seseorang yang rapat dengan ana telah berkata sesuatu yang mengusik hati wanita ana.
 Katanya, ' dia lah perempuan paling cantik yang pernah saya jumpa, sebab dia selalu ingatkan saya tentang solat' (dia disitu bukan merujuk pada ana)
Setelah mendengar kata kata si dia itu, ana mulai menangis kerana sayu betapa ana selama ini kelihatan sangat hodoh dan buruk kerana ana tidak menghargai diri ana sebagai seorang wanita. ana membuka aurat dihadapan lelaki ajnabi, ana sombong, riak dan bermacam macam dosa lalu mula terbayang di mata ana.
Dan sebagai tanda terima kasih, ana telah menghadiahkan sebuah kitab teragung, Al Quran kepada orang tersebut. Terima kasih awak.
Pada waktu itu, ana terus mengambil telefon dan menghantar mesej mohon maaf kepada beberapa orang yang ana sakiti kerana ana sedar dosa tidak akan diampunkan Allah selagi tidak memohon maaf kepada orang yang disakiti. 
" Ana disini ingin memohon maaf kepada semua orang yang telah ana aniaya, sakiti, jahati , umpati dan macam macam lagi kejahatan, maaf kan ana "

selepas SPM dan mendapat keputusan yang baik, ana mengambil keputusan untuk beristikharah bagi mengisi tawaran UPU. Pada saat itu lah, ana mengisi UIA yang teratas kerana ana merasa senang hati dengan UIA. setelah keputusan keputusan biasiswa dan upu keluar, ternyata nasib tidak menyebelahi ana dan ana terus menangisi takdir Allah tika itu. Jika ana tahu bahawa ada hikmah yang cukup besar disitu, pasti ana akan mengucapkan ALHAMDULILLAH!.
Sebelum ana melangkah ke UIA, ana telah menetapkan hati untuk mengambil peluang ini untuk berubah. Ternyata apabila ana sampai di UIA, ana melihat Biah Solehah, ana melihat wanita wanita yang bakal menjadi bidadari syurga. saat itulah hati ana membuak buak ingin berubah.
Mendapat roommate yang tepat pula memudahkan urusan ana untuk berubah. Roommate ana semuanya dari sekolah agama, dan mereka lah yang telah membantu ana untuk menuju jalan yang benar. Syukran korang ( TYA, DAYAH,AMAL). Ana uhibbukum fillah! <3
Ana waktu itu mulai mengenal mathurat, doa rabitah, Al Quran dalam erti kata yang sebenar dan kepentingan solat. Alhamdulillah.
Ana tidak ingin menunggu lebih lama, setelah hadirnya rasa ingin berniqab, ana terus menguatkan hati dan menelefon ibu ana untuk meminta izin.Alhamdulillah , sungguh Allah telah memudahkan segalanya. Keluarga ana bahagia dengan perubahan ana dan menyokong sepenuhnya.
Syukran ya usrati, ana uhibbukum jiddan jiddan. :')

Pertama kali ana berniqab, ana merasa dihargai dan bahagia, ana merasa berharga. Lelaki mula menghormati dengan memberi laluan dan menundukkan pandangan terhadap ana. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana memberikan aku hidayah.

 إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ 
Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
(ar rad ayat 11)


6 comments:

  1. SubbahanaAllah .. sayu shida baca post tie kali ni.
    Allah Maha Besar, tie .. Alhamdulillah ... :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. . Insyallah semoga bermanfaat untuk kita semua. . Terima kasih :)

    ReplyDelete
  3. betapa hidayah allah itu indah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah :) sama2 laa kita menggpai redha Allah. .

      Delete
  4. Ya Allah... Sedih bce entry ! Alhamdulillah semoga perubahan Kak diredhai Allah... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, , ayuh kita same2 brubah. . berubah itu hak kita semua. . :')

      Delete